Suke Stalk Ye?

Pages

Saturday, March 24, 2012

Bersabar. Ini baru dugaan dunia. Allah nak beri petunjuk supaya jangan lalai.

Banyak benda yang berlaku dalam hidup guwa 2-3 hari kebelakangan ni. Pada pandangan mata kasarnya, guwa rasa ianya terlalu berat untuk dipikul.

Ianya datang bertimpa2 dan bagaikan tidak berpenghujung. Setelah diamati, ianya baru dugaan dunia. Mungkin ini cara DIA beri mengingatkan guwa.

Jumaat lepas, guwa dan rakan2 memulakan pengembaraan seawal 8pagi. Gerak dari puncak alam tanah tercinta menuju ke Stesen LRT Bandar Tasik Selatan.

Setiba di sana, guwa dan rakan2 (da macam nama klinik.haha) naik LRT menuju ke PWTC sebab time tu tengah ade MATTA fair.

Guwa nak mencari pakej paling mura ke sabah. Nanti guwa explain lebih pasal sabah ni. Heeee..

Sebab ape guwa naik LRT g PWTC? Sbb kawan guwa tatau jalan g sana nek kete. Haha. LRT pon LRT lah..janji sampai..

Sampai sana cari punya cari dapat gak lah pakej g sabah tu..Ramai gile okay orang kat situ pada masa itu..tututu..

So, lepas tu pegi cari sesuap makanan lah kan sebab lapa gile..

Guwa rasa dugaan itu bermula saat guwa nak beli makanan kat kfc...kawan2 yang lain tunggu kat foodcourt, ade lah jugak yang beli makanan kat tempat lain, tapi makan kat foodcourt sumenye..

Yang guwa terpaksa bersabar ialah menunggu makanan yg org kfc tu cakap mulenya 4min, tp hampir 20min baru dapat..tapi masih boleh bersabar..

Lepas makan gerak pegi LRT Bandar Tasik Selatan semula amik keta..perjalanan diteruskan ke Putrajaya..kononnya nak tengok Hot Air Ballon Festival..

Sampai kat sana, jeng3...tiada ballon berterbangan sebab dye ade schedule time dia terbang...hampa...tup2 dugaan lain, hujan..dari rintik2 ke lebat ke rintik2..

Ballon tah ke mana, rasa cam nak demam yang dapat..setelah guwa dan mereka hampa, kitorg gerak ke shah alam sebab kawan guwa nak pegi amek handphone dia kat kedai sebab aritu hantar repair..

Otw pegi sana, ada laluan banjir di naiki air..dan kawan guwa tak berani amek risiko kemungkinan kereta bakal mati enjin lepas harung air..so, terpaksa patah balik ikot jalan jauh sket..

Nampak tak ade beberapa dugaan disitu?

Bertimpa2 kan?...masih boleh menabahkan diri...

Sampai2 kat plaza alam sentral shah alam, masa nak turun dari kereta tu, tangggg!

Phone kesayangan guwa, baru beli tak sampai 20 hari, jatuh! Ye atas kecuaian guwa sendiri. Itu adalah saat klimaks dugaan pada hari itu.

Guwa bertambah buntu bila phone x dapat nak on. Guwa rasa macam lost kejap. Kawan2 guwa pon join skaki cemas.

Masuk PAS, teros cari kedai repair phone. Nasib bole program balik tapi kena tunggu 30min. Dan terbang melayang rm35 saat dalam wallet duit tinggal cukup2 makan. Fuhh..

Tapi, sampai harini guwa still rasa kesal, rasa sedih, dan macam2 perasaan lagi sebab ada cerita di sebalik pembelian phone tu..tu yang rasa macam hilang jantung bila dia jatuh..

Dannn dugaan tak berakhir begitu sahaja. Jeng3..disebabkan sume neves time phone aku jatuh, dorang sume tak ingat kat mana park kereta. Last2 turun naik tempat park x jumpa2 keta, dalam hati dah dup dap kot-kot keta kena curik. Tapi jumpa jugak akhirnya setelah hampir 15min pusing2 dalam car park tu..

Masa tu dah dekat pukul 10 malam nak drive dari shah alam ke puncak alam pulak..haih la anak dara balik malam2..

Sampai2 rumah pulak ade lagi dugaan..paip dekat meter depan rumah boleh patah..air memancut2..bila tutup paip, automatik dalam rumah pon xde air..terpaksa on off meter kat luar rumah lepas siap mandi..


Satu hari terlalu banyak dugaan yang DIA beri. Mungkin ada sebab DIA beri peringatan kat guwa ni. Guwa meredha kan diri dengan segala yang telah berlaku.


Itu baru satu hari. Ada lagi hari yang DIA duga guwa. Guwa dalam mood menenangkan diri. Guwa berserah kepadaNYA. Sebab guwa tahu DIA mengaturkan yang terbaik untuk guwa walaupun ianya pahit untuk ditempuhi.


Esok2 guwa story lain. Guwa tengah layan mata tak boleh nak tido ni.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, March 7, 2012

Fasa. f.a.s.a. Bukan pasar ye adik-adik.

Fasa-fasa dalam hubungan percintaan:

Fasa 1: Aku sayang kau, kau sayang aku, dunia ni kita yang punya, kita ja yang bercinta, orang lain mana tau erti cinta.

Fasa 2: Gadoh-gadoh manja. Gadoh, baik, gadoh, baik.

Fasa 3: Kesedaran tentang cinta. Bercinta itu penat tahu? Sangat penat. Tapi kadang-kadang best juga kan?

Fasa 4: Bosan. Hey! Gado bosan, x gado pon bosan jugak.

Fasa 5: Ada pilihan di hati masing-masing. Berhenti, atau teruskan perjalanan. Rupanya perjalan masIh jauh dan hubungan tidak tahu sampai kemana. Perlunya usaha untuk terus menyayangi atau berhenti menyayangi. Kalau diteruskan jua perjalanan, tetapi kaki terasa benar-benar penat, percayalah ia akan berjenti jua suatu hari nanti.

Fasa 6: Dugaan hebat dari pihak ke-3, atau masing-masing terlalu ego. Pilihan harus dibuat. Jika meneruskan perjalanan, masih ada kah rasa bahagia? Jika berhenti, tepatkah pilihan itu?

Fasa 7: Berjaya mengulangi fasa 1 atau masih di fasa 6, atau terus ragu2.

Dalam perhubungan atau percintaan ni, terlalu banyak sangat dugaan yang melanda. Sama ada kita sendiri sedar ataupun tidak. Semakin lama perhubungan semakin baik ia berjalan atau semakin tidak baik, sebenarnya bergantung pada jodoh. Ada jodoh, adalah, tak ada jodoh, nak di buat macam mana lagi kan? Yang penting berusaha, untuk menyelamatkan keadaan.

::. serius bercinta makin lama makin bosan. Tapi tanpa sedar, ia sebenarnya amat susah untuk melepaskan dan juga dilepaskan.



Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, March 5, 2012

Yuk kembali ke sekolah

Setelah sebulan lebih sikit guwa bercuti, dan mengalami suka suki kehidupan pahit manis rasa hati, akhirnya cuti yang uitm bagi ni berakhir jua..


Guwa tak tahu nak klasifikasi cuti sem kali ni cuti yg terbest atau ter x best. Yang guwa tahu ni cuti sem terakhir guwa sebagai student degree..insyAllah kalau result guwa x kantoi la..


Dengan berakhirnya cuti ini, maka, bakal berakhirlah pengajian degree guwa selama 2tahun ni. Ni last sem guwa tau x? Guwa senior tau sem ni..para junior sila lalu depan guwa sambil tunduk kepala..guwa bukan suka pandang junior2 ni..mentah..haha..*maaf guwa melawak je, bergurau senda di pagi raya..hehe


Secara rasminya insyAllah guwa akan habis belajar bulan julai ni. Pastuh guwa pon belom tahu lg hala tuju guwa lepas ni.


Yang pastinya, sem akhir ni guwa nak buat all out. Yang terbaik. Sebab guwa nak result yg cemerlang, so, secara automatik, pinjaman kewangan yang selama support guwa belajar ni dapat lah dikurangkan. Heee..


Tak payah la guwa tanggung hutang banyak2, dan dapatlah guwa kawen secepat mungkin..cewah kawen yang kau fikirkan!hahaha..


Guwa semangat hari ni pegi 1st klas di hari pertama persekolahan. Biasanya every sem hari pertama naik cuti mesti lect xda. Tapi, tadi, tup2 lect masuk weh. Seronok sebab subjek susah tapi lect kesukaan yang mengajar. Bole skor A+ ni. Haha. Aminnn


Emm..tu je la yang guwa nak bagitau pasal hari pertama persekolahan guwa di semester 6 ni..skema siot, bole dapat karangan lulus cemerlang tak kalau dalam spm? Heeee


Sudah2..layan banyak2 kang makin tak terlayan aku ni..dah la lately ni hati banyak buat salah. Aku nak hukum hati ni sikit. Biar tahu erti sakit. Dok diam2.


K bai. Heeee


Published with Blogger-droid v2.0.4