Suke Stalk Ye?

Wednesday, March 7, 2012

Fasa. f.a.s.a. Bukan pasar ye adik-adik.

Fasa-fasa dalam hubungan percintaan:

Fasa 1: Aku sayang kau, kau sayang aku, dunia ni kita yang punya, kita ja yang bercinta, orang lain mana tau erti cinta.

Fasa 2: Gadoh-gadoh manja. Gadoh, baik, gadoh, baik.

Fasa 3: Kesedaran tentang cinta. Bercinta itu penat tahu? Sangat penat. Tapi kadang-kadang best juga kan?

Fasa 4: Bosan. Hey! Gado bosan, x gado pon bosan jugak.

Fasa 5: Ada pilihan di hati masing-masing. Berhenti, atau teruskan perjalanan. Rupanya perjalan masIh jauh dan hubungan tidak tahu sampai kemana. Perlunya usaha untuk terus menyayangi atau berhenti menyayangi. Kalau diteruskan jua perjalanan, tetapi kaki terasa benar-benar penat, percayalah ia akan berjenti jua suatu hari nanti.

Fasa 6: Dugaan hebat dari pihak ke-3, atau masing-masing terlalu ego. Pilihan harus dibuat. Jika meneruskan perjalanan, masih ada kah rasa bahagia? Jika berhenti, tepatkah pilihan itu?

Fasa 7: Berjaya mengulangi fasa 1 atau masih di fasa 6, atau terus ragu2.

Dalam perhubungan atau percintaan ni, terlalu banyak sangat dugaan yang melanda. Sama ada kita sendiri sedar ataupun tidak. Semakin lama perhubungan semakin baik ia berjalan atau semakin tidak baik, sebenarnya bergantung pada jodoh. Ada jodoh, adalah, tak ada jodoh, nak di buat macam mana lagi kan? Yang penting berusaha, untuk menyelamatkan keadaan.

::. serius bercinta makin lama makin bosan. Tapi tanpa sedar, ia sebenarnya amat susah untuk melepaskan dan juga dilepaskan.



Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Post a Comment