Suke Stalk Ye?

Pages

Monday, July 29, 2013

Keadaan Makin Parah

Semalam guwa dok ukur Jalan TAR. Tak de lah beriya sangat guwa nak buat persiapan raya. Setakat raya bujang tak payah nak mengada sangat lah kan. Haha. Park kereta dekat Maju Junction then mula ukur jalan. 

Disebabkan cuaca panas terik semalam, guwa pergi ukur Sogo dulu. Bagi badan kena sejuk-sejuk aircond dulu. Kejadahnya guwa tengok Sogo macam gula dah. Manusia pulak penuh berderet, macam semut hurung gula. Fuhh. Punyalah penangan raya punya pasal.

Guwa pergi menyemakkan diri kat sana bukan apa, bukan nak membeli belah sangat pon, lagipun belom gaji, what do u expect?? Haha, memang saja nak jadi semut yang tak makan gula lah jadinya. Guwa saja je nak tengok suasana menjelang Aidilfitri kat Jalan TAR tu macam mana gayanya. 

Guwa memang expert bab-bab nak merasa benda yang guwa belom pernah rasa ni. Kira ni guwa 1st time kot pegi Jalan TAR time-time nak raya ni. So, sekarang guwa dah rasa dah apa perasaan bersesak di kalangan orang yang terlalu ramai, dibawah panahan matahari terik, dengan tak boleh makan tak boleh minum. Marvellous. Guwa tak cakap guwa tobat tak nak pergi dah. Tapi guwa tak pasti adakah akan ada kali kedua atau seterusnya ataupun tidak. Hehe.

Bab paling kelakar, Maybank dan bank-bank lain sekitar Jalan TAR pun ramai gila manusia macam ada sale! Bank buat Jualan Perabihkan Duit. Memang kelakar.

Konon-konon nak beli makanan dekat bazar then berbuka dekat Dataran Merdeka fefeeling berchenta di atas padang kan, tapi non hadooo. Bazar pun tak jumpa dekat mana. Sama ada tak ada bazar semalam, ataupun guwa yang memang tak tau bazar dekat mana. Tapi dalam hati bersyukur jugak tak jumpa bazar. Sebabnya dah malas nak menapak pergi Dataran Merdeka dah. Nampak tak pemalas nak mampus belum layak jadi bini orang. Hahaha. 

Last-last berbuka dekat Maju Junction je. KFC lah jawabnya. Balik rumah akibat kepenatan melampau, rasa macam nak tidur 3 hari 3 malam tak nak bangun-bangun. Haha.

Tapi yang tak best kenapa malam tadi tidur ngingau kejadah apa entah sampai menangis tersedu sedan. Saja je tau syaitonirajim ni kacau emosi guwa malam-malam, dekat-dekat nak raya ni. 

Yang penting keadaan makin parah bila guwa dah mula jumpa Abah dalam mimpi. Tu tandanya Abah dah rindu guwa sangat-sangat lah tu. Haha. (Padahal sendiri rindu sendiri tak nak mengaku.) Sabar ye Abah, kita jumpa sehari sebelum raya ye. Belom sampai tahap Angah tak balik raya lagi, jangan sedih-sedih dulu eaaa. :D

Wahai hati, mohon berhati-hati ketika merindu. Merindu berlebihan buat guwa bakal terbabas semasa memandu perasaan.





Friday, July 26, 2013

Puasa Anak Perantau Jiwa Kacau

Dok pejam celik pejam celik dah 17 hari dah puasa kan. Guwa rasa macam tak dan nak pejam dah 17 hari dah puasa. Guwa tahun ni bakal pecah rekod peribadi guwa sendiri. Rekod sebulan puasa di perantauan. Sesebelum ni guwa rasa paling tidak pun 2-3 ari sebelum rasa guwa balik JB dah, so sempat berpuasa dan berbuka 2-3 hari tu dengan mak, abah ngan adik beradik. Tapi tahun ni memang guwa cipta lagi satu rekod peribadi lah guwa rasa.

Guwa bakal balik sehari sebelum raya, tu pun terus balik kampung dekat Muar, tak balik JB sebab family semua dah gerak balik kampung. Sedih?? Korang tanya guwa sedih ke tak? Guwa mana main sesedih ni tak kental lah kalau sesedih. Haha.

Sedih tu tak lah, tapi bila pagi-pagi pegi kerja, layan radio dah mula pasang lagu raya sedas dua, baru time tu gelabah nak call mak. Hahaha. Bila mak tak angkat call mula sesebak sendiri kat dalam kereta. Hahaha.Ayu ayuuu. Nak jadi apa lah kau ni.

Bukan guwa tak nak balik lah, dah guwa kena kerja, tak kan guwa sesedap hati je nak ponteng-ponteng kerja balik kampung. Guwa dah anggap puasa di perantauan ni perkara biasa, so tak de lah guwa nak gembeng sangat. Anak rantau kena kental beb. Bak kata pepatah Alah Bisa Tegal Biasa. :D

Tu guwa belom try raya kat perantauan lagi. Kena cari kerja yang kena kerja di pagi raya la gamak nya lepas ni baru dapat fefeeling sesedih di pagi raya. Baru boleh buat salam perantau macam yang dekat dalam surat khabar tu. Hehe.

Guwa sendiri tak paham dengan diri guwa sendiri sebenarnya. Orang dok sibuk protes kena kerja time hari raya, tak dapat balik puasa, tapi jenis guwa, guwa nak sesangat feeling-feeling macam tu. Bukan le nak kata guwa tak nak balik raya, cuma guwa sekali dalam seumur hidup guwa nak rasa perasaan yang macam tu. Sebab time-time macam tu baru kita sedar betapa rindunya kita pada family dan perasaan tu bukan perasaan yang datang dan pergi macam tu je. Dia datang setulus hati, menikam kalbu, dan meninggalkan seribu kenangan yang kita akan ingat sampai bila-bila.

Guwa memang mengaku guwa pelik bila sentuh bab hati, bab jiwa, bab perasaan. Guwa suka bermain dengan emosi. Guwa suka untuk rasa apa perasaan kalau cuba buat macam tu macam ni. Guwa memang suka buat emosi guwa tak stabil dan kacau bilau. 

Guwa sendiri pun tak paham, dah korang jangan menggatal nak tanya kenapa.




Wednesday, July 10, 2013

Salam Ramadhan

Hai. 


Harini 1 Ramadhan. 1st time guwa berpuasa dengan title seorang pekerja. Tapi dah bertime-time guwa berpuasa di perantauan jauh dari family. Nak buat macam mana, dah tanggungjawab kan. Kalau sebelum-sebelum ni tanggungjawab sebagai seorang student, sekarang tanggungjawab sebagai pekerja pulak. 



Guwa tengah ada conflict jiwa sekarang ni. Guwa harap sangat masuk je bulan Ramadhan penuh barakah ni dapat bantu guwa meleraikan kekusutan dalam jiwa guwa ni. 



Biasanya orang mintak maap time raya kan? Ni guwa nak mintak maap time puasa. Guwa nak mintak maap kat mana-mana pihak yang guwa dah tersakiti hati nya, terkasar bahasa dan segala kesalahan yang guwa dah lakukan, guwa mintak ampun dan maap. Guwa sebagai manusia biasa, memang tak dapat lari dari melakukan kesilapan. Guwa mohon ampun sangat-sangat.



Maapkan guwa demi membantu guwa tenang sepanjang Ramadhan ni. Guwa jugak harap family guwa yang jauh dimata dekat dihati nun sentiasa sihat walafiat sepanjang menjalankan ibadah puasa ni. Maap guwa hulurkan, sebab guwa yakin guwa hanya dapat balik kampung sehari sebelum raya. Mungkin guwa dapat berbuka puasa dengan family time hari last puasa tu je.



Tapi kalau guwa buat kepala gila guwa, guwa nak balik kampung malam raya sambil syahdu-syahdu dengar lagu raya dalam kereta. So, memang tak dapat nak berbuka dengan family langsung. Agak-agak berani tak guwa buat macam tu. Kalau dapat naik flight balik kampung kekonon balik raya dari obersea baru lah effect syahdu-syahdu di pagi raya kan. Haha. Guwa ingat guwa nak try lah sekali seumur hidup buat macam tu. 



Buat kawan-kawan guwa sekalian, selamat menjalani ibadah puasa. Jangan nak memonteng puasa dengan reason yang tak munasarawak okay. Guwa doakan yang baik-baik untuk semua. Mohon semua pun doa yang baik-baik untuk guwa. 



I'm trying to be a better person. Less talk, less talk, less talk. 



Salam Ramadhan Dari Guwa di Perantauan - Brisbane, Australia Darul Angan Tak Sudah.  =P