Suke Stalk Ye?

Pages

Monday, July 29, 2013

Keadaan Makin Parah

Semalam guwa dok ukur Jalan TAR. Tak de lah beriya sangat guwa nak buat persiapan raya. Setakat raya bujang tak payah nak mengada sangat lah kan. Haha. Park kereta dekat Maju Junction then mula ukur jalan. 

Disebabkan cuaca panas terik semalam, guwa pergi ukur Sogo dulu. Bagi badan kena sejuk-sejuk aircond dulu. Kejadahnya guwa tengok Sogo macam gula dah. Manusia pulak penuh berderet, macam semut hurung gula. Fuhh. Punyalah penangan raya punya pasal.

Guwa pergi menyemakkan diri kat sana bukan apa, bukan nak membeli belah sangat pon, lagipun belom gaji, what do u expect?? Haha, memang saja nak jadi semut yang tak makan gula lah jadinya. Guwa saja je nak tengok suasana menjelang Aidilfitri kat Jalan TAR tu macam mana gayanya. 

Guwa memang expert bab-bab nak merasa benda yang guwa belom pernah rasa ni. Kira ni guwa 1st time kot pegi Jalan TAR time-time nak raya ni. So, sekarang guwa dah rasa dah apa perasaan bersesak di kalangan orang yang terlalu ramai, dibawah panahan matahari terik, dengan tak boleh makan tak boleh minum. Marvellous. Guwa tak cakap guwa tobat tak nak pergi dah. Tapi guwa tak pasti adakah akan ada kali kedua atau seterusnya ataupun tidak. Hehe.

Bab paling kelakar, Maybank dan bank-bank lain sekitar Jalan TAR pun ramai gila manusia macam ada sale! Bank buat Jualan Perabihkan Duit. Memang kelakar.

Konon-konon nak beli makanan dekat bazar then berbuka dekat Dataran Merdeka fefeeling berchenta di atas padang kan, tapi non hadooo. Bazar pun tak jumpa dekat mana. Sama ada tak ada bazar semalam, ataupun guwa yang memang tak tau bazar dekat mana. Tapi dalam hati bersyukur jugak tak jumpa bazar. Sebabnya dah malas nak menapak pergi Dataran Merdeka dah. Nampak tak pemalas nak mampus belum layak jadi bini orang. Hahaha. 

Last-last berbuka dekat Maju Junction je. KFC lah jawabnya. Balik rumah akibat kepenatan melampau, rasa macam nak tidur 3 hari 3 malam tak nak bangun-bangun. Haha.

Tapi yang tak best kenapa malam tadi tidur ngingau kejadah apa entah sampai menangis tersedu sedan. Saja je tau syaitonirajim ni kacau emosi guwa malam-malam, dekat-dekat nak raya ni. 

Yang penting keadaan makin parah bila guwa dah mula jumpa Abah dalam mimpi. Tu tandanya Abah dah rindu guwa sangat-sangat lah tu. Haha. (Padahal sendiri rindu sendiri tak nak mengaku.) Sabar ye Abah, kita jumpa sehari sebelum raya ye. Belom sampai tahap Angah tak balik raya lagi, jangan sedih-sedih dulu eaaa. :D

Wahai hati, mohon berhati-hati ketika merindu. Merindu berlebihan buat guwa bakal terbabas semasa memandu perasaan.





Friday, July 26, 2013

Puasa Anak Perantau Jiwa Kacau

Dok pejam celik pejam celik dah 17 hari dah puasa kan. Guwa rasa macam tak dan nak pejam dah 17 hari dah puasa. Guwa tahun ni bakal pecah rekod peribadi guwa sendiri. Rekod sebulan puasa di perantauan. Sesebelum ni guwa rasa paling tidak pun 2-3 ari sebelum rasa guwa balik JB dah, so sempat berpuasa dan berbuka 2-3 hari tu dengan mak, abah ngan adik beradik. Tapi tahun ni memang guwa cipta lagi satu rekod peribadi lah guwa rasa.

Guwa bakal balik sehari sebelum raya, tu pun terus balik kampung dekat Muar, tak balik JB sebab family semua dah gerak balik kampung. Sedih?? Korang tanya guwa sedih ke tak? Guwa mana main sesedih ni tak kental lah kalau sesedih. Haha.

Sedih tu tak lah, tapi bila pagi-pagi pegi kerja, layan radio dah mula pasang lagu raya sedas dua, baru time tu gelabah nak call mak. Hahaha. Bila mak tak angkat call mula sesebak sendiri kat dalam kereta. Hahaha.Ayu ayuuu. Nak jadi apa lah kau ni.

Bukan guwa tak nak balik lah, dah guwa kena kerja, tak kan guwa sesedap hati je nak ponteng-ponteng kerja balik kampung. Guwa dah anggap puasa di perantauan ni perkara biasa, so tak de lah guwa nak gembeng sangat. Anak rantau kena kental beb. Bak kata pepatah Alah Bisa Tegal Biasa. :D

Tu guwa belom try raya kat perantauan lagi. Kena cari kerja yang kena kerja di pagi raya la gamak nya lepas ni baru dapat fefeeling sesedih di pagi raya. Baru boleh buat salam perantau macam yang dekat dalam surat khabar tu. Hehe.

Guwa sendiri tak paham dengan diri guwa sendiri sebenarnya. Orang dok sibuk protes kena kerja time hari raya, tak dapat balik puasa, tapi jenis guwa, guwa nak sesangat feeling-feeling macam tu. Bukan le nak kata guwa tak nak balik raya, cuma guwa sekali dalam seumur hidup guwa nak rasa perasaan yang macam tu. Sebab time-time macam tu baru kita sedar betapa rindunya kita pada family dan perasaan tu bukan perasaan yang datang dan pergi macam tu je. Dia datang setulus hati, menikam kalbu, dan meninggalkan seribu kenangan yang kita akan ingat sampai bila-bila.

Guwa memang mengaku guwa pelik bila sentuh bab hati, bab jiwa, bab perasaan. Guwa suka bermain dengan emosi. Guwa suka untuk rasa apa perasaan kalau cuba buat macam tu macam ni. Guwa memang suka buat emosi guwa tak stabil dan kacau bilau. 

Guwa sendiri pun tak paham, dah korang jangan menggatal nak tanya kenapa.




Wednesday, July 10, 2013

Salam Ramadhan

Hai. 


Harini 1 Ramadhan. 1st time guwa berpuasa dengan title seorang pekerja. Tapi dah bertime-time guwa berpuasa di perantauan jauh dari family. Nak buat macam mana, dah tanggungjawab kan. Kalau sebelum-sebelum ni tanggungjawab sebagai seorang student, sekarang tanggungjawab sebagai pekerja pulak. 



Guwa tengah ada conflict jiwa sekarang ni. Guwa harap sangat masuk je bulan Ramadhan penuh barakah ni dapat bantu guwa meleraikan kekusutan dalam jiwa guwa ni. 



Biasanya orang mintak maap time raya kan? Ni guwa nak mintak maap time puasa. Guwa nak mintak maap kat mana-mana pihak yang guwa dah tersakiti hati nya, terkasar bahasa dan segala kesalahan yang guwa dah lakukan, guwa mintak ampun dan maap. Guwa sebagai manusia biasa, memang tak dapat lari dari melakukan kesilapan. Guwa mohon ampun sangat-sangat.



Maapkan guwa demi membantu guwa tenang sepanjang Ramadhan ni. Guwa jugak harap family guwa yang jauh dimata dekat dihati nun sentiasa sihat walafiat sepanjang menjalankan ibadah puasa ni. Maap guwa hulurkan, sebab guwa yakin guwa hanya dapat balik kampung sehari sebelum raya. Mungkin guwa dapat berbuka puasa dengan family time hari last puasa tu je.



Tapi kalau guwa buat kepala gila guwa, guwa nak balik kampung malam raya sambil syahdu-syahdu dengar lagu raya dalam kereta. So, memang tak dapat nak berbuka dengan family langsung. Agak-agak berani tak guwa buat macam tu. Kalau dapat naik flight balik kampung kekonon balik raya dari obersea baru lah effect syahdu-syahdu di pagi raya kan. Haha. Guwa ingat guwa nak try lah sekali seumur hidup buat macam tu. 



Buat kawan-kawan guwa sekalian, selamat menjalani ibadah puasa. Jangan nak memonteng puasa dengan reason yang tak munasarawak okay. Guwa doakan yang baik-baik untuk semua. Mohon semua pun doa yang baik-baik untuk guwa. 



I'm trying to be a better person. Less talk, less talk, less talk. 



Salam Ramadhan Dari Guwa di Perantauan - Brisbane, Australia Darul Angan Tak Sudah.  =P





Wednesday, June 12, 2013

Bila Ku Kenang Ku Rindu Wajahmu

Bila guwa duduk termenung sorang-sorang ni mula lah guwa teringat banyak benda. Tiba-tiba tengah guwa duduk termenung menunggu habis waktu lunch hour ni, guwa teringat kisah perjalanan guwa ke kuantan hujung bulan may ari tu.

Perjalanan yang guwa rasa lawak dan merepek nak mampus. Guwa ngan best friend guwa just plan nak pegi  kuantan nak hadiri majlis kawan sekolej guwa dulu dengan majlis kawen sepupu guwa. Tapi yang bestnya kitorang malas nak fikir dan malas nak plan pasal penginapan suma.

Belagak backpackers sangat kan kami-kami ni. Lagi satu yang lawaknya masa plan-plan tu guwa keep cakap dekat kawan guwa ni kita tido dekat dalam kereta je lah nanti. Setiap perkataan yang keluar dari mulut walau baik ke tak baik ke sekalipun merupakan satu doa. So, hadap je lah kan. Sendiri doa, sendiri punya tanggungjawab lah. Haha.

Hari kejadian iaitu hari jumaat, kalau tak silap guwa hari Wesak kot time tu. Guwa kerja. Kawan guwa yang dua orang ni nana dengan syima cuti. Dorang amek guwa dekat rumah lepas guwa balik kerja. Rushing-rushing guwa balik kerja, mandi tukar baju, terus join naik kereta. 

Dalam pukul 6 lebih petang guwa dan mereka start gerak dari Shah Alam menuju ke Kuantan. Kawan guwa yang drive, guwa duduk macam bos je dekat belakang. Masa dalam kereta perut dah start nyanyi lagu Isabella versi keroncong. 

Dah sampai Kuantan, yang guwa pelik kenapa guwa punya kawan ni sampai je Kuantan, tempat pertama yang dia tuju adalah Teluk Cempedak atau nama lainnya TC. Guwa syak kawan guwa ni sengaja nak suruh guwa imbau kenangan lama kot. Saja je nak buat guwa berantakan emosi. Haha.

Sampai sana dah jam 11 malam macam tu, then cari makanan untuk sumbat dalam perut bagi dia mute sikit. Lepas makan, guwa dan mereka jalan-jalan layan emosi mengimbau kenangan sepanjang pantai tu. Serius gila ramai orang dekat situ. Agaknya orang kuantan memang acara wajib malam minggu kena lepak dekat TC kot.

Tengok jam dah dekat 12 lebih malam masa tu baru terfikir nak tidur mana malam tu. Sebab konon-konon nya ada plan lain dengan kawan-kawan sekolej se-shahputra nak buat small gath malam tu. Tapi non hadooo. Sebabnya adalah masalah dorang tu kot, so cancel. 

Keluar dari TC dengan niat nak mencari HOTEL. Nak tidur lah katakan. Penat woo dari subuh sampai 12 tgh malam tak rehat-rehat lagi. Doa banyak sangat nak tido dalam kereta kononnya, memang Allah makbulkan. Semua hotel budget hingga ke 3 star hotel semuanya FULL HOUSE.

Guwa syak lagi orang Kuantan memang banyak duit lepas tu hari minggu tak tahu nak buang duit dekat mana tu yang dorang tidur dekat hotel. Munasabah tak kebarangkalian yang guwa buat ni? Haha.

Dah puas tawaf bandar kuantan dekat 20 kali, hasilnya masih tak memberansangkan. Lalu guwa dan kawan-kawan menyerah diri mencari hotel di kawasan Berserah iaitu jalan menuju ke Cherating.

Dari satu resort ke satu resort, makanya kami mula mengantuk dan dah tak larat tahap pelarian Myanmar. Tengok jam dah 3 lebih pagi. Masa tu kami dekat De Rhu Resort kot kalau tak silap namanya, guwa dengan meraka buat keputusan untuk tidur di parking lot resort itu sebabnya resort tu pon full booked. Surrender gila. Baru nak buat kuak lentang, sekali Pak Guard halau. Buat muka kesian pon Pak Guard tak nak ambil port dah.

Terpaksa lah jalan lagi cari tempat perlindungan. Sampai depan Swiss Garden, pandang kiri kanan. Mampu pulak kan guwa tidur dekat hotel mahal gituuu. Haha. Guwa dan kawan-kawan tengok parking lot untuk staff line clear, cepat-cepat parking, tutup enjin kereta laju-laju, tarik selimut pantas-pantas, maka tak ada pun orang halau sampai pagi. 

Pagi-pagi pergi memerut dekat Shell, pastu pergi Mamak tanpa mandi. Di ulangi, tanpa mandi yaww. Buat-buat muka suci sudahhh asalkan perut kenyang. Haha.

Lepas tu kitorang menuju ke bandar kuantan semula, nak cari tempat yang sesuai untuk mandi dan bersiap. Sebelum tu round dekat kolej tempat-jatuh-lagi-dIkenang tu. 

Then misi hari kedua bermula. Dah nampak dah tempat sesuai untuk mandi. UTC Kuantan. Before this, UTC tu terminal bas, so kitorang assume mestilah ramai orang yang lepak kat kedai or surau or toilet sementara nak tunggu bas kan. Rupanya UTC tu bukan lagi terminal bas dan tempat tu adalah tempat jabatan-jabatan kerajaan punya outlet dikumpulkan untuk memudahkan aktiviti pembayaran ke ataupun pembaharuan lesen ke apa ke kan untuk penduduk kuantan. 

So, buat je lah muka tebal bawak beg merayau-rayau dalam tu. Nampak surau, masuk dalam surau, cas handphone, baru nak duduk, makcik cleaner masuk dan membebel serta menghalau kami keluar. Katanya ini bukan tempat untuk berehat. Duduk sini sepah-sepah, buang sampah dan macam-macam lagi bebelan makcik cleaner tersebut.

Untuk tidak mendapat dosa dengan memaki makcik cleaner tersebut di dalam surau, maka guwa dan kawan-kawan guwa memaki makcik tersebut di luar surau tapi di dalam hati sahaja. 

Makanya kami dengan rasa bersemangat kembali mahu mencari rumah tumpangan a.k.a bajet hotel yang boleh disewa mengikut jam di sekitar kawan tersebut. Ada tu memang ada. Tapi receptionist tak ada. Pelik tapi benar. Panggil punya panggil pun tak keluar-keluar receptionist tersebut. Lalu guwa dan mereka pergi ke UTC kembali.

Maka merempatlah kami di kerusi-kerusi yang ada di UTC tersebut sementara menunggu jam 10 pagi. Dapat lah berehat walaupun tak seselesa mana. Dengan ditambah pandangan-pandangan pelik dari orang di bangunan tersebut. 

Jam 10 pagi kami dengan slumber badaknya, mandi di public toilet UTC tersebut dan berdoa agar tidak ditemukan dengan makcik cleaner tu lagi. Tak senonoh pegi berdoa dalam toilet kann.

Guwa punya penat tak usah tanya lah. Tido dalam kereta jam 4 pagi dalam keadaan kurang selesa dan bangun jam 6 pagi korang ingat mudah ke nak hadam keadaan penat tu? Tapi seronok lah tugak. Haha. Guwa dan mereka memang tabah orangnya. Masih bergelak tawa dalam kereta walaupun dalam keadaan agak penat.

Dah penat menempuh dugaan dan cabaran barulah kami ke agenda yang paling utama iaitu ke Majlis perkahwinan kawan sekolej kami. Siap bergambar , makan, dan borak-borak guwa ke rumah sepupu guwa pulak dekat Felda Chini.

Dekat 2 jam lagi perjalanan harus ditempuhi. Sampai-sampai rumah sepupu gua tu orang dah mula basuh periuk beb. Tahap kerasionalan kekuatan badan dan emosi hanya tinggal 15%. Tapi digagahkan jugak lah.

Then pada hari yang sama jugak guwa dan kawan-kawan gerak balik ke Shah Alam dan KL. Gua tabik spring dekat best friend guwa ni sbb drive tak henti-henti. Guwa nak tukar-tukar jadi driver dia tak nak. 

Motifnya, kalau korang redha je dengan apa yang berlaku dalam perjalan korang macam yang guwa alami, korang tak akan rasa menyesal atau marah dan beremosi tak tentu pasal. Tapi sebaliknya korang akan rasa perjalanan yang dihalang dengan pelbagai cabaran dan dugaan akan jadi pengalaman termanis dalam kehidupan korang dan mampu buat korang tersenyum lebar bila teringatkannya. Sama seperti apa yang guwa tengah buat sekarang ni.

Nampak tak gua tengah senyum depan komputer dekat opis ni? Heeeee.

Motif keduanya, tajuk tak sepadan dengan entri. Harap maklum.

Tuesday, June 11, 2013

Malas Tahap Cipan

Sian Cipan yang tak ada kena mengena pun di paksa interframe. Padahal guwa sendiri tak pasti Cipan tu sejenis haiwan atau apa. Makanya, abaikan.

Guwa tak tahu kenapa guwa malas semacam ari ni. Sepatah-sepatah je keje guwa buat arini. Tapi guwa buat jugaklah demi menghalalkan gaji yang bakal guwa dapat nanti. Risau pulak gaji nanti tak halal. 

Yang guwa hairan bin ajaibnya, rajin pulak guwa menaip ni. Kenapa guwa rajin menaip ni pun guwa malas nak fikir dah. Nampak tak tahap keseriusan kemalasan guwa ni? Nampak kannnn.

Guwa sebenarnya sekarang kerap sakit kepala, kerap sakit. Guwa syak sistem imunisasi badan guwa dah mula makin malas menentang bakteria. Lawan tokeh kan, guwa malas, dia pun turut malas jugak. Oleh sebab sakit yang kerap melanda guwa seperti selsema yang tak hilang-hilang, batuk, masalah pendengaran yang kadang-kadang kurang jelas dan dua tiga lagi penyakit yang macam chipsmore kejap ada kejap tak ada ni, membuatkan guwa jadi malas dan tak bermaya.

Yang menambahkan kemalasan guwa arini adalah sebab guwa berpuasa. Logik tak alasan guwa ni? Hahaha. Buat benda baik pon kau malas, apa nak jadi lah dengan guwa ni. 

Tapi sekurang-sekurangnya guwa cuba bersifat ikhlas terhadap setiap tugasan yang guwa lakukan ari ni walaupun secebis cuma kerjanya. Heeeee.

Mungkin jugak guwa syak guwa punya roh dah balik JB dulu tanpa pengetahuan guwa naik AirAsia kot. Ade ke patot dia tinggalkan guwa dekat sini sementara tunggu hari jumaat ni. 

Motif of the story entry ari ni guwa just nak cakap yang guwa dah dalam mood holiday sebenarnya. Jumaat malam gerak balik JB, so guwa cuti Sabtu, Ahad dan Isnin. 

Papehal, kalau nak ajak guwa dating ke, makan-makan ke, kenduri kendara ke, ade tender atau projek juta-juta yang nak guwa sain ke, sila tunggu sampai guwa balik dari JB okay.

Bai.

Saturday, June 8, 2013

Jangan Tanya Biar Guwa Cerita

Serius lama gila tak update blog. Maka abaikan je lah kehilangan guwa. Anggap je guwa pergi melancong dekat Africa Selatan dan tak ada coverage internet dekat sana. 

Mari sini weh guwa nak update pasal diri guwa sikit. Guwa sekarang dah berkerjaya, dah tak jadi penanam anggur dah. Tapi kerjaya guwa yang ala kadar je. Guwa nak mula dari bawah. Tapi Alhamdulillah guwa bersyukur dengan apa yang guwa ada sekarang ni.

Cukuplah korang tahu guwa sekarang menetap di Shah Alam dan bekerja di Glenmarie Shah Alam. Dah hampir 7 bulan guwa dekat sini membawa diri untuk berdikari.

Jauh dari family sudah menjadi kebiasaan untuk guwa. Ini yang guwa mahukan. Tapi tak bermakna guwa sengaja untuk menjauhkan diri. Pada guwa, konsep jauh di mata tapi dekat di hati amat bersesuai dengan jiwa celaru guwa ni.

Menetap di tempat baru, kawan-kawan pun baru, environment baru, semua pun baru. Tapi kawan baik guwa dan beberapa lagi orang penting dalam hidup guwa masih lagi yang lama. Guwa masih ingat dari mana asal guwa beb.

Guwa makin hari banyak benda yang guwa belajar. Belajar mengatur perjalanan hidup,  belajar untuk menjadi yang lebih bagus, belajar cara nak improve diri sendiri, kerja dan macam-macam lagi.

Guwa jugak belajar untuk menghadapi realiti hidup. Guwa yakinkan diri guwa untuk hadap benda yang guwa tak suka, guwa tak minat, guwa benci dan banyak lagi benda yang negatif untuk guwa menjadi lebih positif di masa hadapan.

Pada guwa, tak semestinya semua benda yang kita suka kita akan dapat. Dan tak semestinya semua orang yang kita suka kita akan dapat. Eh2. Heeee. I just can choose one.

Apa lagi entah guwa nak bagitau. Guwa rasa tak ada apa pun yang menarik pasal hidup guwa buat masa sekarang ni. Hidup guwa 24jam sama je ulang-ulang. Masuk kerja pukul 9 habis kerja pukul 5.30, Sabtu selang seli kerja pukul 9 sampai 1. Ahad rehat. Tu je pun ulang-ulang.

Cuma sekarang guwa tengah gigih nak siapkan veil untuk majlis pertunangan kakak guwa yang bakal berlangsung minggu depan. Gigih balik kerja lepas mandi guwa terus menjahit sikit-sikit. Sikit-sikit cukup 2 minggu siaplah tu. Nampak tak kegigihan adikmu ini wahai kakak. Heeee.

Jangan tanya bila turn guwa pulak nak bertunang. Baik doakan je. Doa lagi penting dari pertanyaan yang mungkin mengundang sakit di hati ku ini. Bai. HAHAHA.