Suke Stalk Ye?

Friday, July 26, 2013

Puasa Anak Perantau Jiwa Kacau

Dok pejam celik pejam celik dah 17 hari dah puasa kan. Guwa rasa macam tak dan nak pejam dah 17 hari dah puasa. Guwa tahun ni bakal pecah rekod peribadi guwa sendiri. Rekod sebulan puasa di perantauan. Sesebelum ni guwa rasa paling tidak pun 2-3 ari sebelum rasa guwa balik JB dah, so sempat berpuasa dan berbuka 2-3 hari tu dengan mak, abah ngan adik beradik. Tapi tahun ni memang guwa cipta lagi satu rekod peribadi lah guwa rasa.

Guwa bakal balik sehari sebelum raya, tu pun terus balik kampung dekat Muar, tak balik JB sebab family semua dah gerak balik kampung. Sedih?? Korang tanya guwa sedih ke tak? Guwa mana main sesedih ni tak kental lah kalau sesedih. Haha.

Sedih tu tak lah, tapi bila pagi-pagi pegi kerja, layan radio dah mula pasang lagu raya sedas dua, baru time tu gelabah nak call mak. Hahaha. Bila mak tak angkat call mula sesebak sendiri kat dalam kereta. Hahaha.Ayu ayuuu. Nak jadi apa lah kau ni.

Bukan guwa tak nak balik lah, dah guwa kena kerja, tak kan guwa sesedap hati je nak ponteng-ponteng kerja balik kampung. Guwa dah anggap puasa di perantauan ni perkara biasa, so tak de lah guwa nak gembeng sangat. Anak rantau kena kental beb. Bak kata pepatah Alah Bisa Tegal Biasa. :D

Tu guwa belom try raya kat perantauan lagi. Kena cari kerja yang kena kerja di pagi raya la gamak nya lepas ni baru dapat fefeeling sesedih di pagi raya. Baru boleh buat salam perantau macam yang dekat dalam surat khabar tu. Hehe.

Guwa sendiri tak paham dengan diri guwa sendiri sebenarnya. Orang dok sibuk protes kena kerja time hari raya, tak dapat balik puasa, tapi jenis guwa, guwa nak sesangat feeling-feeling macam tu. Bukan le nak kata guwa tak nak balik raya, cuma guwa sekali dalam seumur hidup guwa nak rasa perasaan yang macam tu. Sebab time-time macam tu baru kita sedar betapa rindunya kita pada family dan perasaan tu bukan perasaan yang datang dan pergi macam tu je. Dia datang setulus hati, menikam kalbu, dan meninggalkan seribu kenangan yang kita akan ingat sampai bila-bila.

Guwa memang mengaku guwa pelik bila sentuh bab hati, bab jiwa, bab perasaan. Guwa suka bermain dengan emosi. Guwa suka untuk rasa apa perasaan kalau cuba buat macam tu macam ni. Guwa memang suka buat emosi guwa tak stabil dan kacau bilau. 

Guwa sendiri pun tak paham, dah korang jangan menggatal nak tanya kenapa.




No comments:

Post a Comment