Suke Stalk Ye?

Pages

Showing posts with label hati. Show all posts
Showing posts with label hati. Show all posts

Monday, July 29, 2013

Keadaan Makin Parah

Semalam guwa dok ukur Jalan TAR. Tak de lah beriya sangat guwa nak buat persiapan raya. Setakat raya bujang tak payah nak mengada sangat lah kan. Haha. Park kereta dekat Maju Junction then mula ukur jalan. 

Disebabkan cuaca panas terik semalam, guwa pergi ukur Sogo dulu. Bagi badan kena sejuk-sejuk aircond dulu. Kejadahnya guwa tengok Sogo macam gula dah. Manusia pulak penuh berderet, macam semut hurung gula. Fuhh. Punyalah penangan raya punya pasal.

Guwa pergi menyemakkan diri kat sana bukan apa, bukan nak membeli belah sangat pon, lagipun belom gaji, what do u expect?? Haha, memang saja nak jadi semut yang tak makan gula lah jadinya. Guwa saja je nak tengok suasana menjelang Aidilfitri kat Jalan TAR tu macam mana gayanya. 

Guwa memang expert bab-bab nak merasa benda yang guwa belom pernah rasa ni. Kira ni guwa 1st time kot pegi Jalan TAR time-time nak raya ni. So, sekarang guwa dah rasa dah apa perasaan bersesak di kalangan orang yang terlalu ramai, dibawah panahan matahari terik, dengan tak boleh makan tak boleh minum. Marvellous. Guwa tak cakap guwa tobat tak nak pergi dah. Tapi guwa tak pasti adakah akan ada kali kedua atau seterusnya ataupun tidak. Hehe.

Bab paling kelakar, Maybank dan bank-bank lain sekitar Jalan TAR pun ramai gila manusia macam ada sale! Bank buat Jualan Perabihkan Duit. Memang kelakar.

Konon-konon nak beli makanan dekat bazar then berbuka dekat Dataran Merdeka fefeeling berchenta di atas padang kan, tapi non hadooo. Bazar pun tak jumpa dekat mana. Sama ada tak ada bazar semalam, ataupun guwa yang memang tak tau bazar dekat mana. Tapi dalam hati bersyukur jugak tak jumpa bazar. Sebabnya dah malas nak menapak pergi Dataran Merdeka dah. Nampak tak pemalas nak mampus belum layak jadi bini orang. Hahaha. 

Last-last berbuka dekat Maju Junction je. KFC lah jawabnya. Balik rumah akibat kepenatan melampau, rasa macam nak tidur 3 hari 3 malam tak nak bangun-bangun. Haha.

Tapi yang tak best kenapa malam tadi tidur ngingau kejadah apa entah sampai menangis tersedu sedan. Saja je tau syaitonirajim ni kacau emosi guwa malam-malam, dekat-dekat nak raya ni. 

Yang penting keadaan makin parah bila guwa dah mula jumpa Abah dalam mimpi. Tu tandanya Abah dah rindu guwa sangat-sangat lah tu. Haha. (Padahal sendiri rindu sendiri tak nak mengaku.) Sabar ye Abah, kita jumpa sehari sebelum raya ye. Belom sampai tahap Angah tak balik raya lagi, jangan sedih-sedih dulu eaaa. :D

Wahai hati, mohon berhati-hati ketika merindu. Merindu berlebihan buat guwa bakal terbabas semasa memandu perasaan.





Monday, March 5, 2012

Yuk kembali ke sekolah

Setelah sebulan lebih sikit guwa bercuti, dan mengalami suka suki kehidupan pahit manis rasa hati, akhirnya cuti yang uitm bagi ni berakhir jua..


Guwa tak tahu nak klasifikasi cuti sem kali ni cuti yg terbest atau ter x best. Yang guwa tahu ni cuti sem terakhir guwa sebagai student degree..insyAllah kalau result guwa x kantoi la..


Dengan berakhirnya cuti ini, maka, bakal berakhirlah pengajian degree guwa selama 2tahun ni. Ni last sem guwa tau x? Guwa senior tau sem ni..para junior sila lalu depan guwa sambil tunduk kepala..guwa bukan suka pandang junior2 ni..mentah..haha..*maaf guwa melawak je, bergurau senda di pagi raya..hehe


Secara rasminya insyAllah guwa akan habis belajar bulan julai ni. Pastuh guwa pon belom tahu lg hala tuju guwa lepas ni.


Yang pastinya, sem akhir ni guwa nak buat all out. Yang terbaik. Sebab guwa nak result yg cemerlang, so, secara automatik, pinjaman kewangan yang selama support guwa belajar ni dapat lah dikurangkan. Heee..


Tak payah la guwa tanggung hutang banyak2, dan dapatlah guwa kawen secepat mungkin..cewah kawen yang kau fikirkan!hahaha..


Guwa semangat hari ni pegi 1st klas di hari pertama persekolahan. Biasanya every sem hari pertama naik cuti mesti lect xda. Tapi, tadi, tup2 lect masuk weh. Seronok sebab subjek susah tapi lect kesukaan yang mengajar. Bole skor A+ ni. Haha. Aminnn


Emm..tu je la yang guwa nak bagitau pasal hari pertama persekolahan guwa di semester 6 ni..skema siot, bole dapat karangan lulus cemerlang tak kalau dalam spm? Heeee


Sudah2..layan banyak2 kang makin tak terlayan aku ni..dah la lately ni hati banyak buat salah. Aku nak hukum hati ni sikit. Biar tahu erti sakit. Dok diam2.


K bai. Heeee


Published with Blogger-droid v2.0.4