Suke Stalk Ye?

Pages

Monday, July 29, 2013

Keadaan Makin Parah

Semalam guwa dok ukur Jalan TAR. Tak de lah beriya sangat guwa nak buat persiapan raya. Setakat raya bujang tak payah nak mengada sangat lah kan. Haha. Park kereta dekat Maju Junction then mula ukur jalan. 

Disebabkan cuaca panas terik semalam, guwa pergi ukur Sogo dulu. Bagi badan kena sejuk-sejuk aircond dulu. Kejadahnya guwa tengok Sogo macam gula dah. Manusia pulak penuh berderet, macam semut hurung gula. Fuhh. Punyalah penangan raya punya pasal.

Guwa pergi menyemakkan diri kat sana bukan apa, bukan nak membeli belah sangat pon, lagipun belom gaji, what do u expect?? Haha, memang saja nak jadi semut yang tak makan gula lah jadinya. Guwa saja je nak tengok suasana menjelang Aidilfitri kat Jalan TAR tu macam mana gayanya. 

Guwa memang expert bab-bab nak merasa benda yang guwa belom pernah rasa ni. Kira ni guwa 1st time kot pegi Jalan TAR time-time nak raya ni. So, sekarang guwa dah rasa dah apa perasaan bersesak di kalangan orang yang terlalu ramai, dibawah panahan matahari terik, dengan tak boleh makan tak boleh minum. Marvellous. Guwa tak cakap guwa tobat tak nak pergi dah. Tapi guwa tak pasti adakah akan ada kali kedua atau seterusnya ataupun tidak. Hehe.

Bab paling kelakar, Maybank dan bank-bank lain sekitar Jalan TAR pun ramai gila manusia macam ada sale! Bank buat Jualan Perabihkan Duit. Memang kelakar.

Konon-konon nak beli makanan dekat bazar then berbuka dekat Dataran Merdeka fefeeling berchenta di atas padang kan, tapi non hadooo. Bazar pun tak jumpa dekat mana. Sama ada tak ada bazar semalam, ataupun guwa yang memang tak tau bazar dekat mana. Tapi dalam hati bersyukur jugak tak jumpa bazar. Sebabnya dah malas nak menapak pergi Dataran Merdeka dah. Nampak tak pemalas nak mampus belum layak jadi bini orang. Hahaha. 

Last-last berbuka dekat Maju Junction je. KFC lah jawabnya. Balik rumah akibat kepenatan melampau, rasa macam nak tidur 3 hari 3 malam tak nak bangun-bangun. Haha.

Tapi yang tak best kenapa malam tadi tidur ngingau kejadah apa entah sampai menangis tersedu sedan. Saja je tau syaitonirajim ni kacau emosi guwa malam-malam, dekat-dekat nak raya ni. 

Yang penting keadaan makin parah bila guwa dah mula jumpa Abah dalam mimpi. Tu tandanya Abah dah rindu guwa sangat-sangat lah tu. Haha. (Padahal sendiri rindu sendiri tak nak mengaku.) Sabar ye Abah, kita jumpa sehari sebelum raya ye. Belom sampai tahap Angah tak balik raya lagi, jangan sedih-sedih dulu eaaa. :D

Wahai hati, mohon berhati-hati ketika merindu. Merindu berlebihan buat guwa bakal terbabas semasa memandu perasaan.





No comments:

Post a Comment