Suke Stalk Ye?

Wednesday, June 12, 2013

Bila Ku Kenang Ku Rindu Wajahmu

Bila guwa duduk termenung sorang-sorang ni mula lah guwa teringat banyak benda. Tiba-tiba tengah guwa duduk termenung menunggu habis waktu lunch hour ni, guwa teringat kisah perjalanan guwa ke kuantan hujung bulan may ari tu.

Perjalanan yang guwa rasa lawak dan merepek nak mampus. Guwa ngan best friend guwa just plan nak pegi  kuantan nak hadiri majlis kawan sekolej guwa dulu dengan majlis kawen sepupu guwa. Tapi yang bestnya kitorang malas nak fikir dan malas nak plan pasal penginapan suma.

Belagak backpackers sangat kan kami-kami ni. Lagi satu yang lawaknya masa plan-plan tu guwa keep cakap dekat kawan guwa ni kita tido dekat dalam kereta je lah nanti. Setiap perkataan yang keluar dari mulut walau baik ke tak baik ke sekalipun merupakan satu doa. So, hadap je lah kan. Sendiri doa, sendiri punya tanggungjawab lah. Haha.

Hari kejadian iaitu hari jumaat, kalau tak silap guwa hari Wesak kot time tu. Guwa kerja. Kawan guwa yang dua orang ni nana dengan syima cuti. Dorang amek guwa dekat rumah lepas guwa balik kerja. Rushing-rushing guwa balik kerja, mandi tukar baju, terus join naik kereta. 

Dalam pukul 6 lebih petang guwa dan mereka start gerak dari Shah Alam menuju ke Kuantan. Kawan guwa yang drive, guwa duduk macam bos je dekat belakang. Masa dalam kereta perut dah start nyanyi lagu Isabella versi keroncong. 

Dah sampai Kuantan, yang guwa pelik kenapa guwa punya kawan ni sampai je Kuantan, tempat pertama yang dia tuju adalah Teluk Cempedak atau nama lainnya TC. Guwa syak kawan guwa ni sengaja nak suruh guwa imbau kenangan lama kot. Saja je nak buat guwa berantakan emosi. Haha.

Sampai sana dah jam 11 malam macam tu, then cari makanan untuk sumbat dalam perut bagi dia mute sikit. Lepas makan, guwa dan mereka jalan-jalan layan emosi mengimbau kenangan sepanjang pantai tu. Serius gila ramai orang dekat situ. Agaknya orang kuantan memang acara wajib malam minggu kena lepak dekat TC kot.

Tengok jam dah dekat 12 lebih malam masa tu baru terfikir nak tidur mana malam tu. Sebab konon-konon nya ada plan lain dengan kawan-kawan sekolej se-shahputra nak buat small gath malam tu. Tapi non hadooo. Sebabnya adalah masalah dorang tu kot, so cancel. 

Keluar dari TC dengan niat nak mencari HOTEL. Nak tidur lah katakan. Penat woo dari subuh sampai 12 tgh malam tak rehat-rehat lagi. Doa banyak sangat nak tido dalam kereta kononnya, memang Allah makbulkan. Semua hotel budget hingga ke 3 star hotel semuanya FULL HOUSE.

Guwa syak lagi orang Kuantan memang banyak duit lepas tu hari minggu tak tahu nak buang duit dekat mana tu yang dorang tidur dekat hotel. Munasabah tak kebarangkalian yang guwa buat ni? Haha.

Dah puas tawaf bandar kuantan dekat 20 kali, hasilnya masih tak memberansangkan. Lalu guwa dan kawan-kawan menyerah diri mencari hotel di kawasan Berserah iaitu jalan menuju ke Cherating.

Dari satu resort ke satu resort, makanya kami mula mengantuk dan dah tak larat tahap pelarian Myanmar. Tengok jam dah 3 lebih pagi. Masa tu kami dekat De Rhu Resort kot kalau tak silap namanya, guwa dengan meraka buat keputusan untuk tidur di parking lot resort itu sebabnya resort tu pon full booked. Surrender gila. Baru nak buat kuak lentang, sekali Pak Guard halau. Buat muka kesian pon Pak Guard tak nak ambil port dah.

Terpaksa lah jalan lagi cari tempat perlindungan. Sampai depan Swiss Garden, pandang kiri kanan. Mampu pulak kan guwa tidur dekat hotel mahal gituuu. Haha. Guwa dan kawan-kawan tengok parking lot untuk staff line clear, cepat-cepat parking, tutup enjin kereta laju-laju, tarik selimut pantas-pantas, maka tak ada pun orang halau sampai pagi. 

Pagi-pagi pergi memerut dekat Shell, pastu pergi Mamak tanpa mandi. Di ulangi, tanpa mandi yaww. Buat-buat muka suci sudahhh asalkan perut kenyang. Haha.

Lepas tu kitorang menuju ke bandar kuantan semula, nak cari tempat yang sesuai untuk mandi dan bersiap. Sebelum tu round dekat kolej tempat-jatuh-lagi-dIkenang tu. 

Then misi hari kedua bermula. Dah nampak dah tempat sesuai untuk mandi. UTC Kuantan. Before this, UTC tu terminal bas, so kitorang assume mestilah ramai orang yang lepak kat kedai or surau or toilet sementara nak tunggu bas kan. Rupanya UTC tu bukan lagi terminal bas dan tempat tu adalah tempat jabatan-jabatan kerajaan punya outlet dikumpulkan untuk memudahkan aktiviti pembayaran ke ataupun pembaharuan lesen ke apa ke kan untuk penduduk kuantan. 

So, buat je lah muka tebal bawak beg merayau-rayau dalam tu. Nampak surau, masuk dalam surau, cas handphone, baru nak duduk, makcik cleaner masuk dan membebel serta menghalau kami keluar. Katanya ini bukan tempat untuk berehat. Duduk sini sepah-sepah, buang sampah dan macam-macam lagi bebelan makcik cleaner tersebut.

Untuk tidak mendapat dosa dengan memaki makcik cleaner tersebut di dalam surau, maka guwa dan kawan-kawan guwa memaki makcik tersebut di luar surau tapi di dalam hati sahaja. 

Makanya kami dengan rasa bersemangat kembali mahu mencari rumah tumpangan a.k.a bajet hotel yang boleh disewa mengikut jam di sekitar kawan tersebut. Ada tu memang ada. Tapi receptionist tak ada. Pelik tapi benar. Panggil punya panggil pun tak keluar-keluar receptionist tersebut. Lalu guwa dan mereka pergi ke UTC kembali.

Maka merempatlah kami di kerusi-kerusi yang ada di UTC tersebut sementara menunggu jam 10 pagi. Dapat lah berehat walaupun tak seselesa mana. Dengan ditambah pandangan-pandangan pelik dari orang di bangunan tersebut. 

Jam 10 pagi kami dengan slumber badaknya, mandi di public toilet UTC tersebut dan berdoa agar tidak ditemukan dengan makcik cleaner tu lagi. Tak senonoh pegi berdoa dalam toilet kann.

Guwa punya penat tak usah tanya lah. Tido dalam kereta jam 4 pagi dalam keadaan kurang selesa dan bangun jam 6 pagi korang ingat mudah ke nak hadam keadaan penat tu? Tapi seronok lah tugak. Haha. Guwa dan mereka memang tabah orangnya. Masih bergelak tawa dalam kereta walaupun dalam keadaan agak penat.

Dah penat menempuh dugaan dan cabaran barulah kami ke agenda yang paling utama iaitu ke Majlis perkahwinan kawan sekolej kami. Siap bergambar , makan, dan borak-borak guwa ke rumah sepupu guwa pulak dekat Felda Chini.

Dekat 2 jam lagi perjalanan harus ditempuhi. Sampai-sampai rumah sepupu gua tu orang dah mula basuh periuk beb. Tahap kerasionalan kekuatan badan dan emosi hanya tinggal 15%. Tapi digagahkan jugak lah.

Then pada hari yang sama jugak guwa dan kawan-kawan gerak balik ke Shah Alam dan KL. Gua tabik spring dekat best friend guwa ni sbb drive tak henti-henti. Guwa nak tukar-tukar jadi driver dia tak nak. 

Motifnya, kalau korang redha je dengan apa yang berlaku dalam perjalan korang macam yang guwa alami, korang tak akan rasa menyesal atau marah dan beremosi tak tentu pasal. Tapi sebaliknya korang akan rasa perjalanan yang dihalang dengan pelbagai cabaran dan dugaan akan jadi pengalaman termanis dalam kehidupan korang dan mampu buat korang tersenyum lebar bila teringatkannya. Sama seperti apa yang guwa tengah buat sekarang ni.

Nampak tak gua tengah senyum depan komputer dekat opis ni? Heeeee.

Motif keduanya, tajuk tak sepadan dengan entri. Harap maklum.

No comments:

Post a Comment