Suke Stalk Ye?

Pages

Monday, July 29, 2013

Keadaan Makin Parah

Semalam guwa dok ukur Jalan TAR. Tak de lah beriya sangat guwa nak buat persiapan raya. Setakat raya bujang tak payah nak mengada sangat lah kan. Haha. Park kereta dekat Maju Junction then mula ukur jalan. 

Disebabkan cuaca panas terik semalam, guwa pergi ukur Sogo dulu. Bagi badan kena sejuk-sejuk aircond dulu. Kejadahnya guwa tengok Sogo macam gula dah. Manusia pulak penuh berderet, macam semut hurung gula. Fuhh. Punyalah penangan raya punya pasal.

Guwa pergi menyemakkan diri kat sana bukan apa, bukan nak membeli belah sangat pon, lagipun belom gaji, what do u expect?? Haha, memang saja nak jadi semut yang tak makan gula lah jadinya. Guwa saja je nak tengok suasana menjelang Aidilfitri kat Jalan TAR tu macam mana gayanya. 

Guwa memang expert bab-bab nak merasa benda yang guwa belom pernah rasa ni. Kira ni guwa 1st time kot pegi Jalan TAR time-time nak raya ni. So, sekarang guwa dah rasa dah apa perasaan bersesak di kalangan orang yang terlalu ramai, dibawah panahan matahari terik, dengan tak boleh makan tak boleh minum. Marvellous. Guwa tak cakap guwa tobat tak nak pergi dah. Tapi guwa tak pasti adakah akan ada kali kedua atau seterusnya ataupun tidak. Hehe.

Bab paling kelakar, Maybank dan bank-bank lain sekitar Jalan TAR pun ramai gila manusia macam ada sale! Bank buat Jualan Perabihkan Duit. Memang kelakar.

Konon-konon nak beli makanan dekat bazar then berbuka dekat Dataran Merdeka fefeeling berchenta di atas padang kan, tapi non hadooo. Bazar pun tak jumpa dekat mana. Sama ada tak ada bazar semalam, ataupun guwa yang memang tak tau bazar dekat mana. Tapi dalam hati bersyukur jugak tak jumpa bazar. Sebabnya dah malas nak menapak pergi Dataran Merdeka dah. Nampak tak pemalas nak mampus belum layak jadi bini orang. Hahaha. 

Last-last berbuka dekat Maju Junction je. KFC lah jawabnya. Balik rumah akibat kepenatan melampau, rasa macam nak tidur 3 hari 3 malam tak nak bangun-bangun. Haha.

Tapi yang tak best kenapa malam tadi tidur ngingau kejadah apa entah sampai menangis tersedu sedan. Saja je tau syaitonirajim ni kacau emosi guwa malam-malam, dekat-dekat nak raya ni. 

Yang penting keadaan makin parah bila guwa dah mula jumpa Abah dalam mimpi. Tu tandanya Abah dah rindu guwa sangat-sangat lah tu. Haha. (Padahal sendiri rindu sendiri tak nak mengaku.) Sabar ye Abah, kita jumpa sehari sebelum raya ye. Belom sampai tahap Angah tak balik raya lagi, jangan sedih-sedih dulu eaaa. :D

Wahai hati, mohon berhati-hati ketika merindu. Merindu berlebihan buat guwa bakal terbabas semasa memandu perasaan.





Friday, July 26, 2013

Puasa Anak Perantau Jiwa Kacau

Dok pejam celik pejam celik dah 17 hari dah puasa kan. Guwa rasa macam tak dan nak pejam dah 17 hari dah puasa. Guwa tahun ni bakal pecah rekod peribadi guwa sendiri. Rekod sebulan puasa di perantauan. Sesebelum ni guwa rasa paling tidak pun 2-3 ari sebelum rasa guwa balik JB dah, so sempat berpuasa dan berbuka 2-3 hari tu dengan mak, abah ngan adik beradik. Tapi tahun ni memang guwa cipta lagi satu rekod peribadi lah guwa rasa.

Guwa bakal balik sehari sebelum raya, tu pun terus balik kampung dekat Muar, tak balik JB sebab family semua dah gerak balik kampung. Sedih?? Korang tanya guwa sedih ke tak? Guwa mana main sesedih ni tak kental lah kalau sesedih. Haha.

Sedih tu tak lah, tapi bila pagi-pagi pegi kerja, layan radio dah mula pasang lagu raya sedas dua, baru time tu gelabah nak call mak. Hahaha. Bila mak tak angkat call mula sesebak sendiri kat dalam kereta. Hahaha.Ayu ayuuu. Nak jadi apa lah kau ni.

Bukan guwa tak nak balik lah, dah guwa kena kerja, tak kan guwa sesedap hati je nak ponteng-ponteng kerja balik kampung. Guwa dah anggap puasa di perantauan ni perkara biasa, so tak de lah guwa nak gembeng sangat. Anak rantau kena kental beb. Bak kata pepatah Alah Bisa Tegal Biasa. :D

Tu guwa belom try raya kat perantauan lagi. Kena cari kerja yang kena kerja di pagi raya la gamak nya lepas ni baru dapat fefeeling sesedih di pagi raya. Baru boleh buat salam perantau macam yang dekat dalam surat khabar tu. Hehe.

Guwa sendiri tak paham dengan diri guwa sendiri sebenarnya. Orang dok sibuk protes kena kerja time hari raya, tak dapat balik puasa, tapi jenis guwa, guwa nak sesangat feeling-feeling macam tu. Bukan le nak kata guwa tak nak balik raya, cuma guwa sekali dalam seumur hidup guwa nak rasa perasaan yang macam tu. Sebab time-time macam tu baru kita sedar betapa rindunya kita pada family dan perasaan tu bukan perasaan yang datang dan pergi macam tu je. Dia datang setulus hati, menikam kalbu, dan meninggalkan seribu kenangan yang kita akan ingat sampai bila-bila.

Guwa memang mengaku guwa pelik bila sentuh bab hati, bab jiwa, bab perasaan. Guwa suka bermain dengan emosi. Guwa suka untuk rasa apa perasaan kalau cuba buat macam tu macam ni. Guwa memang suka buat emosi guwa tak stabil dan kacau bilau. 

Guwa sendiri pun tak paham, dah korang jangan menggatal nak tanya kenapa.




Wednesday, July 10, 2013

Salam Ramadhan

Hai. 


Harini 1 Ramadhan. 1st time guwa berpuasa dengan title seorang pekerja. Tapi dah bertime-time guwa berpuasa di perantauan jauh dari family. Nak buat macam mana, dah tanggungjawab kan. Kalau sebelum-sebelum ni tanggungjawab sebagai seorang student, sekarang tanggungjawab sebagai pekerja pulak. 



Guwa tengah ada conflict jiwa sekarang ni. Guwa harap sangat masuk je bulan Ramadhan penuh barakah ni dapat bantu guwa meleraikan kekusutan dalam jiwa guwa ni. 



Biasanya orang mintak maap time raya kan? Ni guwa nak mintak maap time puasa. Guwa nak mintak maap kat mana-mana pihak yang guwa dah tersakiti hati nya, terkasar bahasa dan segala kesalahan yang guwa dah lakukan, guwa mintak ampun dan maap. Guwa sebagai manusia biasa, memang tak dapat lari dari melakukan kesilapan. Guwa mohon ampun sangat-sangat.



Maapkan guwa demi membantu guwa tenang sepanjang Ramadhan ni. Guwa jugak harap family guwa yang jauh dimata dekat dihati nun sentiasa sihat walafiat sepanjang menjalankan ibadah puasa ni. Maap guwa hulurkan, sebab guwa yakin guwa hanya dapat balik kampung sehari sebelum raya. Mungkin guwa dapat berbuka puasa dengan family time hari last puasa tu je.



Tapi kalau guwa buat kepala gila guwa, guwa nak balik kampung malam raya sambil syahdu-syahdu dengar lagu raya dalam kereta. So, memang tak dapat nak berbuka dengan family langsung. Agak-agak berani tak guwa buat macam tu. Kalau dapat naik flight balik kampung kekonon balik raya dari obersea baru lah effect syahdu-syahdu di pagi raya kan. Haha. Guwa ingat guwa nak try lah sekali seumur hidup buat macam tu. 



Buat kawan-kawan guwa sekalian, selamat menjalani ibadah puasa. Jangan nak memonteng puasa dengan reason yang tak munasarawak okay. Guwa doakan yang baik-baik untuk semua. Mohon semua pun doa yang baik-baik untuk guwa. 



I'm trying to be a better person. Less talk, less talk, less talk. 



Salam Ramadhan Dari Guwa di Perantauan - Brisbane, Australia Darul Angan Tak Sudah.  =P





Wednesday, June 12, 2013

Bila Ku Kenang Ku Rindu Wajahmu

Bila guwa duduk termenung sorang-sorang ni mula lah guwa teringat banyak benda. Tiba-tiba tengah guwa duduk termenung menunggu habis waktu lunch hour ni, guwa teringat kisah perjalanan guwa ke kuantan hujung bulan may ari tu.

Perjalanan yang guwa rasa lawak dan merepek nak mampus. Guwa ngan best friend guwa just plan nak pegi  kuantan nak hadiri majlis kawan sekolej guwa dulu dengan majlis kawen sepupu guwa. Tapi yang bestnya kitorang malas nak fikir dan malas nak plan pasal penginapan suma.

Belagak backpackers sangat kan kami-kami ni. Lagi satu yang lawaknya masa plan-plan tu guwa keep cakap dekat kawan guwa ni kita tido dekat dalam kereta je lah nanti. Setiap perkataan yang keluar dari mulut walau baik ke tak baik ke sekalipun merupakan satu doa. So, hadap je lah kan. Sendiri doa, sendiri punya tanggungjawab lah. Haha.

Hari kejadian iaitu hari jumaat, kalau tak silap guwa hari Wesak kot time tu. Guwa kerja. Kawan guwa yang dua orang ni nana dengan syima cuti. Dorang amek guwa dekat rumah lepas guwa balik kerja. Rushing-rushing guwa balik kerja, mandi tukar baju, terus join naik kereta. 

Dalam pukul 6 lebih petang guwa dan mereka start gerak dari Shah Alam menuju ke Kuantan. Kawan guwa yang drive, guwa duduk macam bos je dekat belakang. Masa dalam kereta perut dah start nyanyi lagu Isabella versi keroncong. 

Dah sampai Kuantan, yang guwa pelik kenapa guwa punya kawan ni sampai je Kuantan, tempat pertama yang dia tuju adalah Teluk Cempedak atau nama lainnya TC. Guwa syak kawan guwa ni sengaja nak suruh guwa imbau kenangan lama kot. Saja je nak buat guwa berantakan emosi. Haha.

Sampai sana dah jam 11 malam macam tu, then cari makanan untuk sumbat dalam perut bagi dia mute sikit. Lepas makan, guwa dan mereka jalan-jalan layan emosi mengimbau kenangan sepanjang pantai tu. Serius gila ramai orang dekat situ. Agaknya orang kuantan memang acara wajib malam minggu kena lepak dekat TC kot.

Tengok jam dah dekat 12 lebih malam masa tu baru terfikir nak tidur mana malam tu. Sebab konon-konon nya ada plan lain dengan kawan-kawan sekolej se-shahputra nak buat small gath malam tu. Tapi non hadooo. Sebabnya adalah masalah dorang tu kot, so cancel. 

Keluar dari TC dengan niat nak mencari HOTEL. Nak tidur lah katakan. Penat woo dari subuh sampai 12 tgh malam tak rehat-rehat lagi. Doa banyak sangat nak tido dalam kereta kononnya, memang Allah makbulkan. Semua hotel budget hingga ke 3 star hotel semuanya FULL HOUSE.

Guwa syak lagi orang Kuantan memang banyak duit lepas tu hari minggu tak tahu nak buang duit dekat mana tu yang dorang tidur dekat hotel. Munasabah tak kebarangkalian yang guwa buat ni? Haha.

Dah puas tawaf bandar kuantan dekat 20 kali, hasilnya masih tak memberansangkan. Lalu guwa dan kawan-kawan menyerah diri mencari hotel di kawasan Berserah iaitu jalan menuju ke Cherating.

Dari satu resort ke satu resort, makanya kami mula mengantuk dan dah tak larat tahap pelarian Myanmar. Tengok jam dah 3 lebih pagi. Masa tu kami dekat De Rhu Resort kot kalau tak silap namanya, guwa dengan meraka buat keputusan untuk tidur di parking lot resort itu sebabnya resort tu pon full booked. Surrender gila. Baru nak buat kuak lentang, sekali Pak Guard halau. Buat muka kesian pon Pak Guard tak nak ambil port dah.

Terpaksa lah jalan lagi cari tempat perlindungan. Sampai depan Swiss Garden, pandang kiri kanan. Mampu pulak kan guwa tidur dekat hotel mahal gituuu. Haha. Guwa dan kawan-kawan tengok parking lot untuk staff line clear, cepat-cepat parking, tutup enjin kereta laju-laju, tarik selimut pantas-pantas, maka tak ada pun orang halau sampai pagi. 

Pagi-pagi pergi memerut dekat Shell, pastu pergi Mamak tanpa mandi. Di ulangi, tanpa mandi yaww. Buat-buat muka suci sudahhh asalkan perut kenyang. Haha.

Lepas tu kitorang menuju ke bandar kuantan semula, nak cari tempat yang sesuai untuk mandi dan bersiap. Sebelum tu round dekat kolej tempat-jatuh-lagi-dIkenang tu. 

Then misi hari kedua bermula. Dah nampak dah tempat sesuai untuk mandi. UTC Kuantan. Before this, UTC tu terminal bas, so kitorang assume mestilah ramai orang yang lepak kat kedai or surau or toilet sementara nak tunggu bas kan. Rupanya UTC tu bukan lagi terminal bas dan tempat tu adalah tempat jabatan-jabatan kerajaan punya outlet dikumpulkan untuk memudahkan aktiviti pembayaran ke ataupun pembaharuan lesen ke apa ke kan untuk penduduk kuantan. 

So, buat je lah muka tebal bawak beg merayau-rayau dalam tu. Nampak surau, masuk dalam surau, cas handphone, baru nak duduk, makcik cleaner masuk dan membebel serta menghalau kami keluar. Katanya ini bukan tempat untuk berehat. Duduk sini sepah-sepah, buang sampah dan macam-macam lagi bebelan makcik cleaner tersebut.

Untuk tidak mendapat dosa dengan memaki makcik cleaner tersebut di dalam surau, maka guwa dan kawan-kawan guwa memaki makcik tersebut di luar surau tapi di dalam hati sahaja. 

Makanya kami dengan rasa bersemangat kembali mahu mencari rumah tumpangan a.k.a bajet hotel yang boleh disewa mengikut jam di sekitar kawan tersebut. Ada tu memang ada. Tapi receptionist tak ada. Pelik tapi benar. Panggil punya panggil pun tak keluar-keluar receptionist tersebut. Lalu guwa dan mereka pergi ke UTC kembali.

Maka merempatlah kami di kerusi-kerusi yang ada di UTC tersebut sementara menunggu jam 10 pagi. Dapat lah berehat walaupun tak seselesa mana. Dengan ditambah pandangan-pandangan pelik dari orang di bangunan tersebut. 

Jam 10 pagi kami dengan slumber badaknya, mandi di public toilet UTC tersebut dan berdoa agar tidak ditemukan dengan makcik cleaner tu lagi. Tak senonoh pegi berdoa dalam toilet kann.

Guwa punya penat tak usah tanya lah. Tido dalam kereta jam 4 pagi dalam keadaan kurang selesa dan bangun jam 6 pagi korang ingat mudah ke nak hadam keadaan penat tu? Tapi seronok lah tugak. Haha. Guwa dan mereka memang tabah orangnya. Masih bergelak tawa dalam kereta walaupun dalam keadaan agak penat.

Dah penat menempuh dugaan dan cabaran barulah kami ke agenda yang paling utama iaitu ke Majlis perkahwinan kawan sekolej kami. Siap bergambar , makan, dan borak-borak guwa ke rumah sepupu guwa pulak dekat Felda Chini.

Dekat 2 jam lagi perjalanan harus ditempuhi. Sampai-sampai rumah sepupu gua tu orang dah mula basuh periuk beb. Tahap kerasionalan kekuatan badan dan emosi hanya tinggal 15%. Tapi digagahkan jugak lah.

Then pada hari yang sama jugak guwa dan kawan-kawan gerak balik ke Shah Alam dan KL. Gua tabik spring dekat best friend guwa ni sbb drive tak henti-henti. Guwa nak tukar-tukar jadi driver dia tak nak. 

Motifnya, kalau korang redha je dengan apa yang berlaku dalam perjalan korang macam yang guwa alami, korang tak akan rasa menyesal atau marah dan beremosi tak tentu pasal. Tapi sebaliknya korang akan rasa perjalanan yang dihalang dengan pelbagai cabaran dan dugaan akan jadi pengalaman termanis dalam kehidupan korang dan mampu buat korang tersenyum lebar bila teringatkannya. Sama seperti apa yang guwa tengah buat sekarang ni.

Nampak tak gua tengah senyum depan komputer dekat opis ni? Heeeee.

Motif keduanya, tajuk tak sepadan dengan entri. Harap maklum.

Tuesday, June 11, 2013

Malas Tahap Cipan

Sian Cipan yang tak ada kena mengena pun di paksa interframe. Padahal guwa sendiri tak pasti Cipan tu sejenis haiwan atau apa. Makanya, abaikan.

Guwa tak tahu kenapa guwa malas semacam ari ni. Sepatah-sepatah je keje guwa buat arini. Tapi guwa buat jugaklah demi menghalalkan gaji yang bakal guwa dapat nanti. Risau pulak gaji nanti tak halal. 

Yang guwa hairan bin ajaibnya, rajin pulak guwa menaip ni. Kenapa guwa rajin menaip ni pun guwa malas nak fikir dah. Nampak tak tahap keseriusan kemalasan guwa ni? Nampak kannnn.

Guwa sebenarnya sekarang kerap sakit kepala, kerap sakit. Guwa syak sistem imunisasi badan guwa dah mula makin malas menentang bakteria. Lawan tokeh kan, guwa malas, dia pun turut malas jugak. Oleh sebab sakit yang kerap melanda guwa seperti selsema yang tak hilang-hilang, batuk, masalah pendengaran yang kadang-kadang kurang jelas dan dua tiga lagi penyakit yang macam chipsmore kejap ada kejap tak ada ni, membuatkan guwa jadi malas dan tak bermaya.

Yang menambahkan kemalasan guwa arini adalah sebab guwa berpuasa. Logik tak alasan guwa ni? Hahaha. Buat benda baik pon kau malas, apa nak jadi lah dengan guwa ni. 

Tapi sekurang-sekurangnya guwa cuba bersifat ikhlas terhadap setiap tugasan yang guwa lakukan ari ni walaupun secebis cuma kerjanya. Heeeee.

Mungkin jugak guwa syak guwa punya roh dah balik JB dulu tanpa pengetahuan guwa naik AirAsia kot. Ade ke patot dia tinggalkan guwa dekat sini sementara tunggu hari jumaat ni. 

Motif of the story entry ari ni guwa just nak cakap yang guwa dah dalam mood holiday sebenarnya. Jumaat malam gerak balik JB, so guwa cuti Sabtu, Ahad dan Isnin. 

Papehal, kalau nak ajak guwa dating ke, makan-makan ke, kenduri kendara ke, ade tender atau projek juta-juta yang nak guwa sain ke, sila tunggu sampai guwa balik dari JB okay.

Bai.

Saturday, June 8, 2013

Jangan Tanya Biar Guwa Cerita

Serius lama gila tak update blog. Maka abaikan je lah kehilangan guwa. Anggap je guwa pergi melancong dekat Africa Selatan dan tak ada coverage internet dekat sana. 

Mari sini weh guwa nak update pasal diri guwa sikit. Guwa sekarang dah berkerjaya, dah tak jadi penanam anggur dah. Tapi kerjaya guwa yang ala kadar je. Guwa nak mula dari bawah. Tapi Alhamdulillah guwa bersyukur dengan apa yang guwa ada sekarang ni.

Cukuplah korang tahu guwa sekarang menetap di Shah Alam dan bekerja di Glenmarie Shah Alam. Dah hampir 7 bulan guwa dekat sini membawa diri untuk berdikari.

Jauh dari family sudah menjadi kebiasaan untuk guwa. Ini yang guwa mahukan. Tapi tak bermakna guwa sengaja untuk menjauhkan diri. Pada guwa, konsep jauh di mata tapi dekat di hati amat bersesuai dengan jiwa celaru guwa ni.

Menetap di tempat baru, kawan-kawan pun baru, environment baru, semua pun baru. Tapi kawan baik guwa dan beberapa lagi orang penting dalam hidup guwa masih lagi yang lama. Guwa masih ingat dari mana asal guwa beb.

Guwa makin hari banyak benda yang guwa belajar. Belajar mengatur perjalanan hidup,  belajar untuk menjadi yang lebih bagus, belajar cara nak improve diri sendiri, kerja dan macam-macam lagi.

Guwa jugak belajar untuk menghadapi realiti hidup. Guwa yakinkan diri guwa untuk hadap benda yang guwa tak suka, guwa tak minat, guwa benci dan banyak lagi benda yang negatif untuk guwa menjadi lebih positif di masa hadapan.

Pada guwa, tak semestinya semua benda yang kita suka kita akan dapat. Dan tak semestinya semua orang yang kita suka kita akan dapat. Eh2. Heeee. I just can choose one.

Apa lagi entah guwa nak bagitau. Guwa rasa tak ada apa pun yang menarik pasal hidup guwa buat masa sekarang ni. Hidup guwa 24jam sama je ulang-ulang. Masuk kerja pukul 9 habis kerja pukul 5.30, Sabtu selang seli kerja pukul 9 sampai 1. Ahad rehat. Tu je pun ulang-ulang.

Cuma sekarang guwa tengah gigih nak siapkan veil untuk majlis pertunangan kakak guwa yang bakal berlangsung minggu depan. Gigih balik kerja lepas mandi guwa terus menjahit sikit-sikit. Sikit-sikit cukup 2 minggu siaplah tu. Nampak tak kegigihan adikmu ini wahai kakak. Heeee.

Jangan tanya bila turn guwa pulak nak bertunang. Baik doakan je. Doa lagi penting dari pertanyaan yang mungkin mengundang sakit di hati ku ini. Bai. HAHAHA.

Wednesday, September 19, 2012

Salam Seorang PENanam-ANGGUR

Ehem-ehem, testis-testis eh-eh testing-testing one, two, three...
Terima kasih para followers, para peminat, para bloggers sekalian kerana masih sudi menyokong guwa, masih sudi jenguk blog guwa walaupun guwa bz bak Perdana Menteri sekaligus menyebabkan guwa punya blog tak ber-update-update..


Pang-Pang-Dush-Dush-Dung! (Sound effect guwa tampar-tumbuk-sekel diri sendiri sebab perasan artis sangaaaattt)



Wah, dah lah lama menghilangkan diri, pastu tup-tup entry baru perasan glamer, padahal sape pon tak baca kau punya blog mak jemah hoit! Hahaha..

Ala, ayat saje nak menggembirakan hati sendiri..hehe..


Guwa sekarang penanam-anggur, habis keliling rumah guwa, keliling rumah jiran guwa, guwa tanam anggur.

Sapa-sapa teringin atau mengidam anggur silalah datang melawat guwa dirumah. 


Kalau tiba-tiba time korang datang tu guwa hidang buah apple, jangan pelik, sebab guwa da process anggur guwa jadi air ribena. *Kelas kau mak jemahhh. 



Sejak-sejak guwa jadi penganggur (singkatan penanam-anggur) ni, guwa rasa bosan sangat, aktiviti harian guwa sama je dari bangun tido sampailah ke tido semula. 



Memang macam ni ke hidup seorang usahawan anggur berjaya? Guwa rasa guwa da give up lah nak jadi penganggur ni. Tak adventure langsung. Income takde lah mewah mana. Cuma makan minum tu cukup lah 3 kali sehari. 



Guwa sekarang ni hari-hari cari job lain dekat jobstreet. Tapi itulah, belum ade rezeki nak tukar profesion agaknya. Insyallah ada lah tu nanti. Allah nak bagi guwa rasa nikmat anggur lama sikit kot. Korang sempat ke merasa jadi pengangur lama-lama macam guwa ni? Ada? Takde kan? Jangan jelesss.



Cuma guwa sekarang rasa macam nak naik angin jugak ngan si jobstreet ni. Kebanyakan iklan jawatan kosong diorang memang buat guwa rasa nak sumbat biji anggur banyak-dalam mulut pengiklan-pengiklan tersebut.



Mereka (ayat beku) menggalakkan graduat segar untuk memohon. Ya, guwa seorang graduat segar. Segar, bugar, montel dan gebu guwa bagi pakej. Tapi ada syarat lain yang buat guwa rasa ish! Mereka mahukan yang berpengalaman sekurang-kurangnya 1 hingga 2 tahun pengalaman kerja. 



Hei jobstreet serta si pengiklan-pengiklan jawatan kosong tersebut. Kalau dah nama nya graduat segar, mana nak datangnya pengalaman bekerja 1 hingga 2 tahun, sedangkan guwa belajar direct dari tadika sampai ijazah non stop tahu?. Dan kalau tiada yang mahu menghired guwa bekerja, sampai bila-bila pon guwa tak ade pengalaman bekerja lah bedol. 



Guwa tak ada lah marah bebenor, cuma guwa agak kecewa lah kan. Ada je yang company yang hired graduat segar tanpa pengalaman, tapi mungkin belum rezeki guwa lah tu. 



Guwa bukan apa, guwa dah bosan jadi penganggur. Guwa jeles jugak ngan kawan-kawan seperjuangan guwa ada yang dah kerja dan bakal menerima habuan(gaji) hasil dari segulung ijazah akhir bulan ni.



Guwa harap sangat nak tukar profesion penanam anggur guwa ni sebelum musim tengkujuh tiba. Sebab nanti kalau hujan, anggur dah tak musim dah. Habis, guwa nak bagi anak-anak cacing guwa makan apa?



Kepada pencari perkerja, marilah mohon guwa jadi pekerja lu orang. Hantar resume syarikat, gambar ofis siap meja kerusi guwa barang 3-4 keping, dan anggaran gaji yang lu orang bole offer kat guwa. 



Sila email atau call guwa secepat mungkin. SMS pon guwa layan jugak lah dari tak ade langsung. Sekian.

Saturday, March 24, 2012

Bersabar. Ini baru dugaan dunia. Allah nak beri petunjuk supaya jangan lalai.

Banyak benda yang berlaku dalam hidup guwa 2-3 hari kebelakangan ni. Pada pandangan mata kasarnya, guwa rasa ianya terlalu berat untuk dipikul.

Ianya datang bertimpa2 dan bagaikan tidak berpenghujung. Setelah diamati, ianya baru dugaan dunia. Mungkin ini cara DIA beri mengingatkan guwa.

Jumaat lepas, guwa dan rakan2 memulakan pengembaraan seawal 8pagi. Gerak dari puncak alam tanah tercinta menuju ke Stesen LRT Bandar Tasik Selatan.

Setiba di sana, guwa dan rakan2 (da macam nama klinik.haha) naik LRT menuju ke PWTC sebab time tu tengah ade MATTA fair.

Guwa nak mencari pakej paling mura ke sabah. Nanti guwa explain lebih pasal sabah ni. Heeee..

Sebab ape guwa naik LRT g PWTC? Sbb kawan guwa tatau jalan g sana nek kete. Haha. LRT pon LRT lah..janji sampai..

Sampai sana cari punya cari dapat gak lah pakej g sabah tu..Ramai gile okay orang kat situ pada masa itu..tututu..

So, lepas tu pegi cari sesuap makanan lah kan sebab lapa gile..

Guwa rasa dugaan itu bermula saat guwa nak beli makanan kat kfc...kawan2 yang lain tunggu kat foodcourt, ade lah jugak yang beli makanan kat tempat lain, tapi makan kat foodcourt sumenye..

Yang guwa terpaksa bersabar ialah menunggu makanan yg org kfc tu cakap mulenya 4min, tp hampir 20min baru dapat..tapi masih boleh bersabar..

Lepas makan gerak pegi LRT Bandar Tasik Selatan semula amik keta..perjalanan diteruskan ke Putrajaya..kononnya nak tengok Hot Air Ballon Festival..

Sampai kat sana, jeng3...tiada ballon berterbangan sebab dye ade schedule time dia terbang...hampa...tup2 dugaan lain, hujan..dari rintik2 ke lebat ke rintik2..

Ballon tah ke mana, rasa cam nak demam yang dapat..setelah guwa dan mereka hampa, kitorg gerak ke shah alam sebab kawan guwa nak pegi amek handphone dia kat kedai sebab aritu hantar repair..

Otw pegi sana, ada laluan banjir di naiki air..dan kawan guwa tak berani amek risiko kemungkinan kereta bakal mati enjin lepas harung air..so, terpaksa patah balik ikot jalan jauh sket..

Nampak tak ade beberapa dugaan disitu?

Bertimpa2 kan?...masih boleh menabahkan diri...

Sampai2 kat plaza alam sentral shah alam, masa nak turun dari kereta tu, tangggg!

Phone kesayangan guwa, baru beli tak sampai 20 hari, jatuh! Ye atas kecuaian guwa sendiri. Itu adalah saat klimaks dugaan pada hari itu.

Guwa bertambah buntu bila phone x dapat nak on. Guwa rasa macam lost kejap. Kawan2 guwa pon join skaki cemas.

Masuk PAS, teros cari kedai repair phone. Nasib bole program balik tapi kena tunggu 30min. Dan terbang melayang rm35 saat dalam wallet duit tinggal cukup2 makan. Fuhh..

Tapi, sampai harini guwa still rasa kesal, rasa sedih, dan macam2 perasaan lagi sebab ada cerita di sebalik pembelian phone tu..tu yang rasa macam hilang jantung bila dia jatuh..

Dannn dugaan tak berakhir begitu sahaja. Jeng3..disebabkan sume neves time phone aku jatuh, dorang sume tak ingat kat mana park kereta. Last2 turun naik tempat park x jumpa2 keta, dalam hati dah dup dap kot-kot keta kena curik. Tapi jumpa jugak akhirnya setelah hampir 15min pusing2 dalam car park tu..

Masa tu dah dekat pukul 10 malam nak drive dari shah alam ke puncak alam pulak..haih la anak dara balik malam2..

Sampai2 rumah pulak ade lagi dugaan..paip dekat meter depan rumah boleh patah..air memancut2..bila tutup paip, automatik dalam rumah pon xde air..terpaksa on off meter kat luar rumah lepas siap mandi..


Satu hari terlalu banyak dugaan yang DIA beri. Mungkin ada sebab DIA beri peringatan kat guwa ni. Guwa meredha kan diri dengan segala yang telah berlaku.


Itu baru satu hari. Ada lagi hari yang DIA duga guwa. Guwa dalam mood menenangkan diri. Guwa berserah kepadaNYA. Sebab guwa tahu DIA mengaturkan yang terbaik untuk guwa walaupun ianya pahit untuk ditempuhi.


Esok2 guwa story lain. Guwa tengah layan mata tak boleh nak tido ni.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, March 7, 2012

Fasa. f.a.s.a. Bukan pasar ye adik-adik.

Fasa-fasa dalam hubungan percintaan:

Fasa 1: Aku sayang kau, kau sayang aku, dunia ni kita yang punya, kita ja yang bercinta, orang lain mana tau erti cinta.

Fasa 2: Gadoh-gadoh manja. Gadoh, baik, gadoh, baik.

Fasa 3: Kesedaran tentang cinta. Bercinta itu penat tahu? Sangat penat. Tapi kadang-kadang best juga kan?

Fasa 4: Bosan. Hey! Gado bosan, x gado pon bosan jugak.

Fasa 5: Ada pilihan di hati masing-masing. Berhenti, atau teruskan perjalanan. Rupanya perjalan masIh jauh dan hubungan tidak tahu sampai kemana. Perlunya usaha untuk terus menyayangi atau berhenti menyayangi. Kalau diteruskan jua perjalanan, tetapi kaki terasa benar-benar penat, percayalah ia akan berjenti jua suatu hari nanti.

Fasa 6: Dugaan hebat dari pihak ke-3, atau masing-masing terlalu ego. Pilihan harus dibuat. Jika meneruskan perjalanan, masih ada kah rasa bahagia? Jika berhenti, tepatkah pilihan itu?

Fasa 7: Berjaya mengulangi fasa 1 atau masih di fasa 6, atau terus ragu2.

Dalam perhubungan atau percintaan ni, terlalu banyak sangat dugaan yang melanda. Sama ada kita sendiri sedar ataupun tidak. Semakin lama perhubungan semakin baik ia berjalan atau semakin tidak baik, sebenarnya bergantung pada jodoh. Ada jodoh, adalah, tak ada jodoh, nak di buat macam mana lagi kan? Yang penting berusaha, untuk menyelamatkan keadaan.

::. serius bercinta makin lama makin bosan. Tapi tanpa sedar, ia sebenarnya amat susah untuk melepaskan dan juga dilepaskan.



Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, March 5, 2012

Yuk kembali ke sekolah

Setelah sebulan lebih sikit guwa bercuti, dan mengalami suka suki kehidupan pahit manis rasa hati, akhirnya cuti yang uitm bagi ni berakhir jua..


Guwa tak tahu nak klasifikasi cuti sem kali ni cuti yg terbest atau ter x best. Yang guwa tahu ni cuti sem terakhir guwa sebagai student degree..insyAllah kalau result guwa x kantoi la..


Dengan berakhirnya cuti ini, maka, bakal berakhirlah pengajian degree guwa selama 2tahun ni. Ni last sem guwa tau x? Guwa senior tau sem ni..para junior sila lalu depan guwa sambil tunduk kepala..guwa bukan suka pandang junior2 ni..mentah..haha..*maaf guwa melawak je, bergurau senda di pagi raya..hehe


Secara rasminya insyAllah guwa akan habis belajar bulan julai ni. Pastuh guwa pon belom tahu lg hala tuju guwa lepas ni.


Yang pastinya, sem akhir ni guwa nak buat all out. Yang terbaik. Sebab guwa nak result yg cemerlang, so, secara automatik, pinjaman kewangan yang selama support guwa belajar ni dapat lah dikurangkan. Heee..


Tak payah la guwa tanggung hutang banyak2, dan dapatlah guwa kawen secepat mungkin..cewah kawen yang kau fikirkan!hahaha..


Guwa semangat hari ni pegi 1st klas di hari pertama persekolahan. Biasanya every sem hari pertama naik cuti mesti lect xda. Tapi, tadi, tup2 lect masuk weh. Seronok sebab subjek susah tapi lect kesukaan yang mengajar. Bole skor A+ ni. Haha. Aminnn


Emm..tu je la yang guwa nak bagitau pasal hari pertama persekolahan guwa di semester 6 ni..skema siot, bole dapat karangan lulus cemerlang tak kalau dalam spm? Heeee


Sudah2..layan banyak2 kang makin tak terlayan aku ni..dah la lately ni hati banyak buat salah. Aku nak hukum hati ni sikit. Biar tahu erti sakit. Dok diam2.


K bai. Heeee


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, February 22, 2012

Guwa Hebat

Dalam pada manusia sebok menanti result exam di hantar ke email masing-masing bagi student UiTM, guwa mengalami tekanan jiwa.

Bukan hanya kerana guwa takot apa jadi dengan guwa result, bahkan guwa tension dengan masalah-masalah lain.

Masalah-masalah lain itu lebih kepada guwa yang create sendiri. Memang guwa akui, sangat susah nak buat orang lain faham dengan apa yang kita perjuangkan.

Mungkin perjuangan kita semua berbeza. Dan cara kita semua memperjuangkannya berbeza. Guwa kena belajar terima hakikat itu sedikit demi sedikit. Guwa dapat rasakan dunia guwa dengan dunia orang lain macam berbeza.

Guwa makin obses dengan dunia guwa. Kaki guwa makin lama makin obses terhadap penjelajahan dunia. Guwa jugak dapat rasakan yang semangat gua lain dari orang lain. Padahal guwa x pernah terpikir pun bidang ini yang guwa akan jejak.

Memang guwa x macam korang semua, yang memang pilih sendiri untuk berada dalam bidang ni. Guwa x pilih, ia datang sendiri dan guwa hanya menerima. Guwa sekolah dulu aliran teknik amek Electrical Engineering. Dan guwa x tahu macam mana guwa boleh accept untuk berada di bidang guwa sekarang ni. Jauh menyimpang. Guwa syak dulu guwa terima tawaran ni sebab guwa nak lari dari rumah je. Guwa lari cara baik. Guwa x lari ikot jantan. Guwa lari ikot offer letter. *heeee

Tapi lama-lama guwa suka bidang ni. Guwa dapat rasakan jiwa guwa memang ada kat sini. Walaupun satu masa dulu guwa pernah cakap guwa tak nak sambung degree, itu pun sebab guwa tak nak amek MUET. Last2 guwa tak tahu apa yang merasuk guwa. Guwa pegi amek gak MUET tu. Xsangka guwa lepas.

Guwa yakin kalau guwa x pas mende alah tu, memang guwa tak adanya nak masuk degree ni. Environment degree ngan diploma totally different tahu x. Guwa makin lama makin semangat, tapi guwa tengok orang lain makin x semangat. Guwa pelik dan kebingungan.

Guwa ni memang cepat benar emosi agaknya. Guwa paham keadaan orang tak kan boleh sama dengan keadaan guwa. Tapi guwa berharap sangat guwa ada kenangan terindah dengan korang. Tak banyak pon x apa. Satu pon jadi lah.

Guwa bila bercakap pasal kenangan, guwa memang ego. Guwa jarang nak tunduk dengan rindu pada kenangan. Pada guwa, benda yang lepas tak usah di kenang. Tapi ego-ego guwa, guwa insan biasa. Kadang-kadang guwa tewas jugak pada rindu ni. Guwa terpandang jugak kenangan lepas.

Kalau kita ada kenangan bersama, sekurangnya korang kuatkan rasa rindu yang ada. Jujur guwa cakap, guwa x macam orang lain, guwa tak ramai kawan. Sebab tu guwa tak pernah berpaling untuk rindukan zaman persekolahan guwa. Banyak2 zaman, guwa memang paling tak suka zaman guwa sekolah. Sebab tu kalau guwa balik JB, guwa resah, guwa gelisah, sebab guwa tak ade kawan langsung nak ajak pegi lepak ke dating ke ape.

Tulah, cuma guwa harapkan pada zaman sekarang. Guwa nak kumpul kenangan walau sedikit. Tapi kalau orang dah tak nak cipta kenangan dengan guwa, guwa redha beb. Guwa kuat lah beb. Guwa nanges depan laptop je, apa barang guwa nak nanges depan orang. 

Guwa rasa guwa hebat, sebab malam ni guwa beremosi dengan 3 perkara yang berkaitan dengan diri guwa sendiri. Pertama, konflik untuk mencipta kenangan yang hampir tinggal kenangan, kedua, guwa beremosi dengan result exam guwa, dok refresh-refresh email x ada-ada pon resultnya, poop! bila dah ada guwa nervous. Bila dah tengok, guwa bersyukur kehadrat Allah, lepas tu emosi guwa kembali tak stabil. Guwa tak lepas target. Guwa kalah tipis. Macam kalau tengok bola MU lawan Chelsea, Chelsea gol 1 pada minit-minit terakhir. Guwa mula paham perasaan fans MU. *walaupun guwa fans harimau malaya je. haha

Ketiga, sambil taip entry ni, sambil-sambil guwa refresh2 email, sambil-sambil guwa berantakan emosi, guwa reply mesej dekat phone dengan laju dan bermuka-muka page nya. sambil #hujan. Guwa beremosi dengan bakal suami guwa. *kalau di izinkan tuhan. amin. Kahwini guwa secepat mungkin lah beb. Guwa rasa guwa dah layak jadi bini dah ni. haha

Hebat kan guwa? Dunia guwa memang dunia penuh emosi. Guwa rasa kalau guwa teruskan attitude lahanat guwa ni, guwa boleh layan Hospital Tampoi rasanya. Kbai.

::. taip malam, siang post. tunggu posmen.

Sunday, February 19, 2012

Ni Entry Stock 3in1

haip! (i don't know why i like this word so much :D )
dalam kepala otak ni banyak benda nak cerita, dalam hati ni banyak juga benda yang nak di luahkan, jari2 ni bagai dirasuk2 untuk menaip patah2 perkataan, langsung membawa aku ke petak ini. NEW POST.

setiap entry guwa yang lepas2, guwa rasa jarang ada penyambungnya. sebab apa? sebab guwa malas! haha.
mungkin jugak sebab guwa terpaksa tapis2 apa yang guwa nak perkatakan. guwa suka menulis. tapi guwa tak tahu gaya menulis yang baik. pernah bercita-cita ingin menjadi penulis novel, paling tidak pon penulis cerpen, tapi bila guwa mula berimaginasi, imaginasi guwa selalunya x bertepi, lebih kurang macam xde had lah kan. orang suke berangan mat jenin macam ni lah. haha. 

suke sangat fikir sampai ke anak cucu, so jadinya xde ending. lalu guwa mengambil keputusan jangan nak berangan jadi glamer. haha. 

ada jugak guwa bising2 pasal buku novel zaman skang ni lebih kurang sama je jalan ceritanya kat seorang member guwa. lalu member guwa berkata kepada guwa, 

"ayu, ayu kan banyak pengalaman, banyak cerita, cuba tulis novel mesti best." dalam hati guwa fikir, member guwa ni bagi semangat ke nak perli guwa ni. hahaha. yelah, guwa neh pesen kalau bercakap macam guwa sorang je yang banyak pengalaman, orang lain xde pengalaman yang sama macam gua. hahaha. maaflah guwa neh kalo da mula bercerita, guwa memang over banyak. harap maklum. hahaha.

tah ape yang guwa lalutkan pon guwa x tahu lah. banyak bende yang guwa nak cerita, guwa tau yang blog ni guwa yang punya, xde sape biaya penulisan guwa kat sini. bukan ade orang nak bayar royalti ke hape. tapi guwa tetap rasa macam guwa x bebas untuk menulis. 

guwa xnak lah lagi gune ayat cliche para blogger dimana mereka selalu berkata guwa punya blog sukahati guwa lah nak tulis apa. bukan guwa ade invite lu orang follow guwa kan? (padahal follower bape kerat je. haha) tapi tu lah yang guwa rasa. 

di luah lebih2, orang pandang serong kat guwa. biasanya yang mulut jahat tu lah yang dikatakan memang jahat. ya memang guwa akui, guwa memang mulot jahat. so, kadang2 korang kenalah terima apa yang guwa perkatakan. 

*iklan kejap. terkejot guwa ade lipan melintas kat depan guwa time guwa menulis ni. lahanat punya lipan. lu nak sabotaj guwa ke nak spy guwa ni lipan? otomatik kaki guwa terpaksa bersila atas kusi. hahaha.

sejak yang guwa cerita pasal entry lepas yg pasal rebit2 kesayangan guwa tuh kan. hidup guwa penuh jugak lah ngan episod2 suka dan duka. agak susah nak membiasakan diri bila rebit guwa dah kena jual. *sob2..tibe2 guwa sedih..

lepas2 tu guwa exam, lu orang pon tahu kan kalau student berintegriti tinggi macam guwa ni yang selalu study last minit apa jadi? x jadi orang sangatlah kan. guwa dengan buku dah macam isi dan kuku. baik dan rapat semacam. hahaha. asal exam je guwa migrain, guwa mula syak yang sakit migrain ni sakit bermusim. musim exam sahaja dia datang. lu orang yang lain yang x memahami guwa, musti lu orang cakap tu penyakit mengada, penyakit simpati kan? guwa pon syak begitu jugak sebenarnya. hahaha. 

habis exam, guwa sebagai organizer bawahan, dan bersama kawan2 persatuan fakulti guwa yang lain ade organize camping untuk student2 fakulti guwa. ni bukan camping2 guna khemah tu tau. ni lebih kurang motivation atau team building camping la senang cite. so xde khemah. tapi ade hostel. 

peranan guwa kecik je dalam camp ni, guwa dan seorang lg kawan guwa jadi biro makanan. sesuai la ngan guwa yang kaki makan ni kan. heeee. tapi tulah, kecik2 peranan pon, kalo ade silap, dan silap haribulan, habis peserta camp x dapat makan. tapi alhamdulillah segalanya selesai setelah guwa berkampung kat sana selama 3 hari 2 malam. 

dalam sepanjang hidup guwa, ikhlas guwa katakan, camping ni yang buat guwa x sabar nak balik. ada masalah dalaman yang buat guwa meluat. insan2 yang membaca segala apa yang guwa tulis ni dan terasa harap bersabar dan paham dengan apa yang guwa luahkan. terima kasih. 

masing masing dalam dunia ni ada masalah, x terkecuali guwa. guwa pon sama je spesis macam korang2. guwa ni dalam golongan remaja yang sedang berubah hormon ingin menjadi dewasa dan memang banyak masalah dalaman. cuma, kadang2 kita x pasti dengan apa yang kita lakukan. kadang2 kita jadi x profesional atas sebab2 yang kecik. maaflah, guwa memang akan teremosi sikit bila terkenang balik apa yang guwa lalui kat camp tu aritu. maafkan guwa, mungkin guwa yang salah. who knows kan? bukan kerja guwa nak judge2 orang ni. ni kan kerja ALLAH. 

lepas camping guwa stat cuti sem. guwa memang elergik sket bila bab cuti lama2 ni. sebab cuti lama menbuatkan guwa x produktif lalu mengumpul lemak2 yang makin hari makin bertambah. guwa memang anti ngan weight scale sejak cuti ni. haha. musuh ketat guwa tu. and then cuti2 ni jugak buatkan guwa fikir nak pegi holiday jalan2. family guwa setakat bawak anak2 pegi pantai yang berhampiran tido chalet satu malam tu mampulah. nak pegi jalan jauh2 pegi overseas ke apa mmg dorang x mampu. aku redha, alhamdulillah la dapat gak guwa pegi lepak tepi pantai kan. 

*iklan lagi. guwa pegi layan cite BFF jap. haha

guwa sambung balik..huahahaha.. macam tulah keadaan family guwa, kalau nak bercuti jauh2 pon kena tunggu ada duit yang cukup baru lah boleh. 

so that's why guwa fikir nak pegi jalan2 sorang2 ke ataupun ajak dua-tiga orang kawan..tapi guwa ada dengar pasal kawan2 kelas guwa nak wat trip untuk last sem, sem depan. 

so guwa jadi pening, sebab guwa ada simpanan yang cukup2 untuk buat pegi bercuti sekali je. kalau guwa pegi sekarang, kemungkinan guwa x pat join sem depan punya trip. guwa fikir balik mungkin lagi best kalau pergi dengan dorang ramai2, lagipon klas guwa x penah buat trip besar-besaran. so guwa dah mencadangkan sesuatu kat dorang dan sekarang masih lagi dalam perbincangan. guwa harap sangat yang trip ni menjadi sebab ini boleh dikatakan impian guwa. guwa mula rasa yang guwa mula obses dengan place of interest. 

skang ni guwa punya cuti ada berbaki 14 hari lagi. guwa mula rasa kebuntuan. x tahu nak buat apa kat rumah. haih, kalau ade suami kan best. hahaha. kat rumah guwa sembang ngan family asek cakap psl kawen je. bongok kan. gatai nak mampos. padahal en.boyfie masih blom bsedia dari segi kewangan. haha. okay, guwa cau dulu amek idea. mana tau esok guwa rajin nak post entry baru. hahaha.

Saturday, December 10, 2011

Entry Pertama dan Terakhir Untuk Mereka

hey every0ne!
harini hari sedih aku...
mungkin esok lg sedih, tp aku x sanggup nak hadapi sedih utk esok..
**hey2, org pelik lah kenapa kau tetibe sedih ni cik kak oi..dah la xde intro, lame menghilang..tibe2 ja sedih!

haaaa..sory2..hehe...
just FYI, sebelum start cuti semester yg 4 bulan aritu, aku ngan en.boyfie ade beli 4 eko rabbit 
**ala yg gebu2 banyak bulu comel2 tu..hehe
mengada2 kan beli sampai 4 eko...
tup2 cuti 4 bulan amek kau en.boyfie kene jage 4 eko sume...
yelah xkan aku nk bawak balik JB rabbit2 comel tu naik bas kan?
**sampai2 kang tgolek dog mati.huaaaa..
nak di jadikan cerita, balik ja dari cuti 4 bulan tu, e.boyfie dah x sanggup bela..bz katanya..ye ke bz cik abang weh?haha...mungkin xda masa + malas nak bersih sangkar 3x sehari kot..hehe
so, terpaksa derma 2 eko kat my fren yang duduk dekat sungai buloh tu...sebab pada asalnya aku memang nak bela 2 eko je, tapi en.boyfie punya hal la konon dia nak bela 2 eko...
aku duduk kat rumah apartment kat puncak alam ni, x dapat la nak jaga ramai2...x cukup space dan kena jugak jaga hati kawan2 serumah...yelah, lagi banyak rabbit tu, lagi semerbak la bau satu rumah...

Salma (igtkan betina rupanya jantan, sbb tu namanya mcm betina)
Kelabu (sangat santek, mata ade celak, curluss u)
kawan aku terima je konon2 rabbit aku tu seko laki seko perempuan boleh lah di kahwinkan dengan rabbit dia yang lain..tup2 tau2 rabbit yang aku bagi kat kawan aku tu 2-2 eko laki...aku mane lah tau bab2 nak scan jantina ni..aku ikot cakap tuan yang aku beli dulu tu je..hehe maaf ye kawan, xde niat nak tambah beban awak..**kalau boleh dia x nak jantan dah sebab rabbit dia suma jantan.

dalam mangkok (cokolat) & yang bulat gebu (ibu)

so, aku jaga lah 2 eko yang kat rumah ni, aku letak 1 sangkar...aku ingat dorang ni kecik lagi, maka aku fikirkan, jikalau mereka mengawan, mungkin tidak akan membuntingkan si perempuan tu.. 
**rabbit aku bela sepasang laki perempuan so boleh mengawan..
bukan gay @ lesbo ye..hehe
sampai dekat cuti raya haji yang lepas, aku pegi hantar rabbit2 aku dekat rumah kawan aku...kira macam rumah jagaan rabbit la rumah dia ni..
**dengan persetujuan dia lah..xde lah aku suke suki je pegi hantar..hehe..
semasa sepemergian aku balik JB, tiba2 8hb 11 tu kawan aku mesej cakap rabbit aku beranak!

haa?masa bila dia mengandung??**tiba2 aku emo sebab aku pernah marah2 rabbit aku tu time aku jage sebelum tu.sedeh sebab marah2 time rabbit mengandung.tapi x apalah, sebab aku x tahu.kalau aku tahu mesti aku jaga baik2..:D

6 hari selepas kelahiran

now aku dah ada baby!i called myself mummy rabbit and automatically my rabbit yang betina tu dapat nama IBU...hehe..seronok tahu ade baby rabbit..seronok nya macam ada baby sendiri..tu belum baby sendiri..agaknya macam manalah nanti bila time aku ada baby..heeee..
**berangan jap..alololo comelnya baby umi..haa?hahaha..

si IBU bersama anak2 nya
dari kiri: hyppie, fluffy, BABY, honey...
dan sekarang baby rabbit aku dah umur sebulan 4 hari...
dan dah makin gebus, comels, rasa nak gigit2 aja...:D
btw, seminggu lepas conflict dalaman aku bermula sebab my fren yang duduk sungai buloh tu x nak jaga rabbit2 aku time aku cuti study week sekaligus cuti semester sampai bulan 3 ni...aku faham keadaan dia yang sedang busy membina kerjaya dan x dapat nak bagi perhatian kat rabbit2 semua...

aku jadi serba salah lah x tahu nak buat macam mana....aku call my mom suroh my dad datang ambik dekat sini time nak cuti tu..tapi my dad x bleh nak cuti..so how?x kan aku nak angkut my rabbit balik JB naik bas?
actually memang aku rasa serabut sangat fikir hal ni. hal rabbit2 semata boleh buat aku serabut kan??x tahu lah kalau anak sendiri nanti nak di tinggal2 bagi orang lain jaga time keje mcm mana..
**haish over sudah..haha
 
sanggupkah korg jual makhluk secomel ini?
cuti study week semakin menghampiri dan aku kena buat keputusan yang cepat. AKU TERPAKSA JUAL MEREKA. itu jalan yang terbaik yang aku ada..separuh mati tahu x, nak buat keputusan tu..orang ramai x nampak apa yang aku rasa..dan mungkin mereka x paham apa yang aku rasa. bagaimana kamu rasa bila kehilangan barang/orang yang kamu sayang? itulah yang aku rasa saat aku terpaksa jual mereka ESOK..
 

tersenyum saat melihat dia membolot makanan hanya untuk diri sendiri
ya, ESOK...sepanjang hari ni aku lepaskan mereka berlari lari, melompat-lompat dalam rumah semata-mata x mahu terlepas detik2 indah bersama mereka. mereka selalu buat aku tenang dengan telatah, karenah mereka. aku gembira saat aku terpaksa membersihkan sangkar 2-3 kali sehari sedangkan pada orang lain, itu perkara yang membebankan. aku sanggup tidak kemana2 pada sabtu dan ahad kerana risau tiada orang dirumah yang akan menjaga. 


aksi mencuit hati


ini dia si BABY paling manja ngan aku

seharian dirumah, aku tidak tenang kerana memikirkan nasib mereka esok. rabbit yang paling aku manjakan, si BABY, asek duduk diam kat sebelah aku macam tahu2 ja kesedihan yang sedang aku alami. mungkin dia pun sedih untuk tinggalkan aku agaknya..
**manalah tahu kan..
mudah sangat air mata aku mengalir saat aku mengusap lembut badannya. **dalam hati berdetik, x cuti pon x apalah asalkan rabbit2 ni x dijual.
tapi nak buat macam mana, cuti bukan sekejap sampai sebulan lebih...
teringat mak cakap masa aku telefon 2-3 ari lepas...
kadang2 kita kena berkorban kalau sayangkan sesuatu..
jangan sayang beriya, nanti apa2 jadi susah...jangan terlalu ikot hati...
yalah mak, putus cinta pon x sakit sampai macam ni mak..sakit lagi rasa nak berpisah dengan makhluk ALLAH yang comel ni mak...mungkin sebab aku terlalu sayangkan haiwan ni...

cuma satu aku harap, orang yang jadi tuan baru rabbit aku ni, dapat jaga mereka sebaiknya...sayang semacam aku sayang mereka..

makhluk berbulu yang menceriakan hari2 dalam hidup aku

kebetulan pulak, arini aku sorang2 ja kat rumah, housemate masing2 ada hal masing2...makin menjadi2 sedihnya aku ni...sebab tu aku beriya ajak kawan2 datang jumpa rabbit aku wat last time sebelum aku pegi jual esok...sebenarnya sebab aku nak ada kawan yang boleh teman aku walaupun sekejap...

thanks to my fren Roderick Gobern dan kawannya Dion sebab datang. at least aku rasa ok sikit tadi...

oklah, makin banyak aku tulis, makin banyak aku sedih..
**padahal nanges..
huhu..kalau tulis kat kertas dah basah lencun dah ni...
x sanggup nak hadapi hari esok..semoga aku boleh chillex ja depan en.boyfie esok..x cool lah kan kalau nanges depan dia..haha
next entry mungkin pasai hari esok..kalau esok tragik sangat cerita nya, mungkin x akan sebut lagi dah pasai esok..:p


jangan pergi tinggalkan aku.huhu
notaibujarikaki: kalau korang nak tahu sebab apa aku x da dah merepek perli2 orang, tulis benda x penting kat blog ni, ianya suma sebab adanya rabbit2 aku..mereka menambah ceriakan hari2 aku..walaupun ada ja dalam kepala ni nak maki orang kat blog, kat facebook tapi, nampak ja muka rabbit terus hilang rasa nak maki2..:D

Sunday, September 4, 2011

Bukan Tua Tapi Matang Lah!


BTW, thanks banyak-banyak kat korang semua yang wish birthday untuk aku…

Family gua|
Sedara Mara|
Kawan2 Sekuliah|
Rakan Sebaya Time Skolah Dolu2|
Kwn PLKN|
Bangla2Bibik2 PETRONAS|
FBrians|
Sape2 Yg Mengenali & Terkenali Aku ini|

Memang aku aku terharu dan mengharui wish2 korang mahupon korang ikhlas atau x, tu terpulang lah kan..:D
Tapi lebih bererti kalau korang wish skali ngan pos present kat umah aku..
Wah,,,sila lakukan nye sekarang!hadiah smpai lambat sikit tidak mengape..nGeeee…

Last But not Least!
Thanks for the 0nly one Blogger?!| yg wish for me…


Korang hado??x hado kan??haha…

Ni buktinye>>>


cube cek fesbuk aku!




Time kasih banyak2 tau En.Ayem, wa ni blogger baru…


Dari gaya penulisan wa, dari gaya header wa yang macam nk kene pelempang, dan dari gaya wa ucap terima kasih **sambil terlompat2 jakun, lu mesti da tau wa ni blogger baru+pemalasnakmampos yang bru nak jejak industry blogerisme ni kan??
Wa memey da agak da!haha…

Okay, aku memang gampang sket bab2 jakun neh..haha..STOP

.
.
.
.
.






And now we back to the topic lol~td intro jepp..:D

Ramai aku tengok yang wish birthday aku sambil mengucapkan SELAMAT HARI TUA?!
Watde fish u know? Bab tua2 sile slowkan volume laptop anda…ade ke aku yang comellote neh dikatekan tua?
Lain kali ucaplah macam ini…Selamat Bertambah Setahun Lebih Matang Dari Tahun Sebelumnye…
Kan lebih bertatatertibsopanlagimenawan~haha
So, saat aku post entry ni, aku dah pon berusia 22 and 1 day years old!
Hopefully dengan bertambahnya umur aku ni, aku akan bertambah matang dan dapat memanfaatkan kehidupan aku sebaik baik nye!

Aminnn…






Notehujungjarikaki: psttt!hope jugak bile da matang ni tamau da cry2 tears2 pasal love2 matter…wa kn da besa panjang (makin besa tapi x panjang da kot) kalau boleh nak setelkan everything with my mind not my emotional **kememehbecausetheheartwasbroken2..haha

Notehujungjarikaki2: pssttt!kamu x wish birthday saye itu kamu punye pasal der…ada nampak saye cry2 today??xde kan?saye da makin matang la..:p..belagak sebentar…